Ticker

6/recent/ticker-posts

Jalaluddin Hassan Dan Isteri Selamat Dinikahkan


Dengan sekali lafaz, pelakon veteran Datuk Jalaluddin Hassan sah bergelar suami kepada Rapidah Abd Ghani, 44. Pasangan itu telah disatukan sebagai suami isteri pada pukul 10.55 pagi dalam majlis akad nikah yang diadakan di Masjid Bandar Tun Hussien Onn, Kuala Lumpur pada Ahad, 12 November 2017.

Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh abang kepada pengantin perempuan iaitu Lokman Abdul Ghani di hadapan Penolong Pendaftar Nikah dan Imam Masjid Bandar Tun Hussein Onn iaitu Mohd Faisal Mohd Noor. Jalaluddin Hassan yang kini berusia 63 tahun itu telah menyerahkan RM300 sebagai mas kahwin kepada Rapidah manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Pihak saya menurut Jalaluddin Hassan akan memberikan lima dulang hantaran termasuk sebuah kerusi urut berharga RM20,000 manakala pihak pengantin perempuan berbalas tujuh dulang.
 

Dia memang sangat memerlukan kerusi urut itu kerana banyak membuat kerja-kerja rumah. Dengan adanya kerusi urut itu, senang untuk dia beristirehat,"kata Jalaluddin Hassan

Selain itu, majlis pernikahan juga berlangsung secara sederhana yang mana dihadiri lebih kurang 100 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan sahabat handai sahaja.

Jalaluddin dan Rapidah ketika ditemui bersyukur majlis tersebut berjalan dengan baik dan berharap semua mendoakan kebahagiaan mereka sehingga ke akhir hayat.

"Alhamdulillah majlis yang dirancang berjalan lancar dan dipermudahkan.

"Doakan kebahagiaan kami agar perkahwinan yang dibina berkekalan sehingga akhir hayat," katanya.

Hadir sama dalam majlis tersebut adalah pelakon Ashraf Muslim, Arash Mohamad, Den Wahab dan penggiat teater, Lokman Ghani.



Jalaluddin sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan Datin Hashimah Mad Ehsan selama 40 tahun sebelum arwah meninggal dunia pada 5 November 2016 akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuklah kencing manis dan paru-paru berair.
 
“Saya lebih selesa untuk berkahwin dengan mengutamakan apa yang wajib saja kerana saya berpisah dengan isteri pun bercerai mati. Jadi, saya tidak mahu majlis ini terlalu meriah,”
Apapun diucapkan tahniah buat Jalaluddin Hassan dan Rapidah!
Sumber: Berita Harian 

Post a Comment

0 Comments