Ticker

6/recent/ticker-posts

[Filem] Jumanji Welcome To The Jungle




Asslamualaikum dan salam sejahtera...

Pada tahun 1995, sebuah filem berbentuk adventure telah diterbitkan dan dibintangi oleh mendiang Robin Williams, Kristen Dunst dan Bonnie Hunt.  Bagi mereka yang lahir selepas tahun 2000 pasti tidak mengenali filem Jumanji. Ia mengisahkan sebuah permainan papan ajaib yang membawa pemainnya ke satu alam safari, satu dunia lain. Filem ini kini telah dimodenkan menjadi sebuah filem yang lebih real... bertajuk Jumanji Welcome To The Jungle.


Watak-Watak Utama


JUMANJI WELCOME TO THE JUNGLE

Jumanji Welcome to the Jungle merupakan sequel kepada filem asal Jumanji yang diterbitkan pada tahun 1995. Bersambung dari tahun 1995 selepas watak utama mencampakkan permainan papan Jumanji tersebut ke dalam sungai dengan harapan tiada sesiapa menjumpainya. Tetapi dalam filem sequel ini permainan papan Jumanji ditemui oleh seorang remaja pada tahun 1996 setahun kemudiannya dan membawanya pulang. Mungkin kerana keajaiban papan tersebut, ia telah bertukar mengikut citarasa remaja pada tahun 1996 yang lebih gemar bermain permainan video berbanding permainan papan.


Jumanji Welcome To The Jungle Trailer


Kisahnya bermula bila seorang remaja yang bernama Alex telah menemui permainan papan Jumanji itu lalu mencubanya. Tanpa disangka, beliau disedut masuk ke dalam permainan tersebut.




Selepas 20 tahun Kemudian, pada tahun 2017 sekumpulan 4 remaja yang dikenakan kelas tahanan disuruh mengemaskan sebuah bilik di sekolah yang akan dijadikan bilik komputer. Semasa mengemas, mereka telah menjumpai permainan papan Jumanji di antara barangan lusuh yang ada di dalam bilik tersebut. Kerana sifat ingin tahu mereka menyambungkannya kepada TV dan cuba bermain. Tanpa disangka, mereka berempat disedut masuk ke dalam permainan itu. Bermulalah pengembaraan mereka dalam misi menyelamatkan dunia Jumanji.




Tetapi secara keseluruhan, filem ini sangat menghiburkan dan sememangnya mampu menceriakan hari anda, rakan dan keluarga jika menontonnya, selagi anda tidak mengharapkan satu jalan cerita yang kompleks. Jalan ceritanya santai, watak-wataknya bertenaga dan lucu serta aksi-aksinya menghiburkan.

Tontonlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya. Memang sangat kelakar tak kering gusi dibuatnya. Selamat menonton!!


AMARAN!!!

Dalam filem terbaharu ini, komedi diberi lebih keutamaan dalam jalan ceritanya. Lawak jenaka sememangnya dialu-alukan, namun terdapat lawak jenaka dalam filem ini yang sedikit kotor dan tidak sesuai untuk golongan bawah 16 tahun. Namun ia tidaklah keterlaluan. Babak-babak aksi pengembaraannya mantap dan menghiburkan.

Post a Comment

1 Comments

  1. mmg best cite ni. dr awl smpai akhir tak kering gusi gelak haha

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)