Ticker

6/recent/ticker-posts

Wany Hasrita Bintang Paling Popular ABPBH 31

PUTRAJAYA - Berakhir sudah anugerah yang berprestij dan dinanti-nanti oleh artis dan selebriti yang tercalon dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 31 malam tadi. 


Wany Hasrita, seorang penyanyi yang mempunyai imej yang bersih dan bebas kontroversi dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular dalam Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-31. Meraih undian tertinggi menerusi kategori Penyanyi Wanita Popular dengan 2,052,997, Wany, 25 tahun mengejutkan ramai apabila menafikan kemaraan pencabar terdekatnya, Khai Bahar dan juga menghampakan pemenang tahun lalu, Fattah Amin.

Wany yang juga lulusan Sarjana Muda Sains  Perubatan dari Universiti Pengurusan dan Sains (MSU), Shah Alam telah membawa pulang hadiah utama, kereta Citroen C4 Picasso L2 yang bernilai kira-kira RM125,000 berserta trofi.

Sementara itu, Khai tetap cemerlang apabila berjaya mempertahankan trofi Penyanyi Lelaki Popular dan Fattah kembali diangkat peminat sebagai Pelakon TV Lelaki Popular, sekaligus mengetepikan pencabar terdekatnya, Syafiq Kyle.

Bintang Tombiruo: Penunggu Rimba, Zul Ariffin pula turut mempertahankan trofinya Pelakon Filem Lelaki Popular dan meninggalkan pencabarnya, Syamsul Yusof yang turut keraih undian selesa bagi kategori itu.

SENARAI PENUH PEMENANG ABPBH 31
Kategori Utama
Bintang Paling Popular: Wany Hasrita
Artis Baharu Lelaki Popular: Fendy Bakry
Artis Baharu Wanita Popular: Farah Nabilah
Pelakon TV Lelaki Popular: Fattah Amin
Pelakon TV Wanita Popular: Nur Fazura
Pelakon Filem Lelaki Popular: Zul Ariffin
Pelakon Filem Wanita Popular: Emma Maembong
Penyanyi Lelaki Popular: Khai Bahar
Penyanyi Wanita Popular: Wany Hasrita
Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular: Syamel & Ernie Zakri
Artis Komedi Popular: Zizan Razak
Artis Versatil Popular: Alif Satar
Pengacara TV Popular: Neelofa
Penyampai Radio Popular: Haziq (Hot FM)
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Noor Kumalasari

Kategori Online
Gandingan Serasi Drama Popular: Fattah Amin & Nur Fazura
Gandingan Serasi Filem Popular: Zul Ariffin & Nur Fazura
Artis Sensasi Popular: Neelofa
Instafamous Cilik Popular: Arif Jiwa
Personaliti Media Sosial Popular: Fatimah Omar Mukhlis

PhotographerEizairi Shamsudin (Berita Harian Online)

Post a Comment

1 Comments

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)