Ticker

6/recent/ticker-posts

Meet & Greet Ukay's Di BBQ Lamb KL Kemensah

Tahun 2018 makin melabuhkan tirainya. Sepanjang tahun 2018 ini, pelbagai cabaran dan dugaan yang kita sudah pun hadapi. Alhamdulillah dan tahniah buat yang telah mencapai impian di tahun 2018 ini. Bagi yang masih belum mencapainya, masih ada ruang dan waktu di tahun hadapan.

Cuti hujung minggu kali ini, Team Propa Rangers dengan kerjasama LF Production dan BBQ Lamb KL Kemensah telah mengadakan satu sesi Meet & Greet Kumpulan Ukay's menikmati hidangan makan dalam sungai di BBQ Lamb KL Kemensah. Seperti yang pernah Admin war-warkan dahulu, lokasi ini memang cukup menarik buat anda yang menginginkan ketenangan dan kedamaian dari hiruk-pikuk kota. (Baca Sini)


Aktiviti ini sebenarnya merupakan aktiviti tahunan buat Team Propa Rangers yang telah bertungkus lumus menjayakan segala aktiviti blogging sepanjang tahun ini. "Pucuk dicita, ulam mendatang". Kumpulan Ukay's yang kini sedang muncul kembali bersetuju untuk turut serta beramah mesra dengan rakan media blogger Propa Rangers. Lokasi BBQ Lamb KL Kemensah menjadi tumpuan utama memandangkan ia satu-satunya tempat makan yang sedap dan menenangkan. 


Meet & Greet Ukay's di BBQ Lamb KL Kemensah 

Rasanya tak perlu Admin perkenalkan siapa Kumpulan Ukay's ini. Ini kerana Ukay's sudah cukup popular suatu masa dahulu dengan lagu-lagu hits seperti Disana Menanti Disini Menunggu, Bila Diri Disayangi, Rhythm Si Jantung Hati dan banyak lagi. Ia telah muncul kembali pada tahun 2009 dengan mempertaruhkan lagu Lepaskanmu Kerana Terpaksa ciptaan Amy Ukay's. Lagu tersebut berjaya mendapat tontonan 19 juta di Youtube walaupun vokalis Amir Ukay's telah keluar daripada kumpulan itu pada tahun 1997.

Seketika mereka menyepi. Dan pada tahun 2018 ini, Ukay's muncul kembali dengan mempertaruhkan genre lagu yang jauh berbeza sekali dari sebelumnya. Lagu I LOVE YOU, I MISS YOU berentak Pop Rock ciptaan sepenuhnya Amy Ukay's telah berjaya menambat hati pendengar dan mendapat tontonan di youtube sebanyak hampir 4 juta dalam masa 3 bulan. Bukan itu sahaja, lagu ini semakin mendapat perhatian apabila 2 pemain bola sepak kebangsaan, Farizal dan Akhya menyanyikan lagu ini di laman Instagram dan Youtubenya. 


Selain itu, Ukay's juga ada merakamkan 5 lagi lagu baru seperti Terpaksa Ku Lepaskan, Hadirlah Kasih, Terseksa & Kurelakan Kau Pergi. Album ini diterbitkan hasil kerjasama UK'S Records Entertainment dan Rusa Music. Bagi melepaskan rasa rindu buat peminat-peminat, lagu-lagu ini akan diterbitkan satu persatu untuk memberikan lebih kesegaran dan dapat menjiwai setiap lagu yang diterbitkan itu nanti.
“Lagu kami dah rakam dan ada yang telah kami buat muzik videonya , cuma nantikan kemunculan lagu ini satu persatu di semua digital platform dan radio/tv” kata Amy Ukays.
Ramai juga yang beranggapan salah dan mengatakan Ukay's adalah kumpulan baru. Sebenarnya ia masih diterajui oleh otai-otai Ukay's seperti Ali Ukay's (Drummer), Ami Ukay's (Keybordist), Tokjie (Bassist) dan Faiz (Guitarist). 

Maklumat lanjut mengenai Kumpulan Ukay's

Facebook
Instagram
Website

Meet & Greet Ukay's berjalan lancar bersama rakan-rakan media Propa Rangers menikmati suasana penuh kedamaian ditambah makan hidangan yang lazat dalam sungai. Sambil beramah mesra antara rakan-rakan, selebriti dan pemilik BBQ Lamb KL Kemensah sendiri, Admin seronok kerana berjaya melaksanakan aktiviti tahunan kali kedua ini. InsyaAllah, di tahun hadapan akan lebih meriah lagi.

Bersama Ukay's dan pemilik BBQ Lamb KL Kemensah, Mr. Zainuddin Yatim & Mrs. Mi Mie Iberahim

Terima kasih tidak terhingga buat ahli-ahli Propa Rangers sendiri yang telah banyak membantu menjayakan aktiviti blogging bersama walau banyak kekangan dihadapi. Tidak dilupakan juga buat penaja utama BBQ Lamb KL Kemensah yang sudi menerima kunjungan kami ini. Dan, artis kumpulan terbaik dan sporting, Ukay's yang turut menjayakan aktiviti ini. Jasa kalian sangatlah dihargai dan semoga ikatan silaturrahim ini kekal utuh selamanya.


Bagi yang belum cuba kelazatan makanan di BBQ Lamb KL Kemensah, apa kata cuti panjang sempena Tahun Baru 2019 ini bawa keluarga atau rakan-rakan menikmati makanan di sini. DAh datang, pasti akan datang lagi! Hehe...

BBQ LAMB KL KEMENSAH
Jalan Taman Zooview, Kampung Kemensah, 68000 Ampang, Selangor

Telefon
012 - 211 4100

Facebook


Official Photographer: Faizol Hafizi (Otomen Taro) & Hafis Idzla

Post a Comment

2 Comments

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)