Ticker

6/recent/ticker-posts

Kembara Muzik Rock Datuk Ramli Sarip & Ella Di Konsert Kembara Kita 2020

Bermula dengan kembara muzik rock yang berbeza arah tuju dan haluan, akhirnya takdir menemukan lagenda rock tanah air, Datuk Ramli Sarip dengan Ella Aminuddin di persimpangan yang sama. Pada mulanya, Datuk Ramli Sarip diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab sebagai produser untuk album Ella setelah Ella mengambil keputusan bergerak secara solo selepas kejayaan bersama Ella & The Boys termasuklah penglibatan mereka dalam Battle of the Bands.


Kemudian, muncullah kolaborasi di antara Datuk Ramli Sarip dan Ella sebagai produser-penyanyi menerusi tiga album iaitu Pengemis Cinta (1989), Puteri Kota (awal 1990) dan Identiti (akhir 1990)

Pengemis Cinta menampilkan lagu hits seperti Pengemis Cinta dan Permata Biru, Puteri Kota (Tiada Tangis Lagi, Kembara Kita dan Puteri Kota), manakala Identiti pula (Kasih, Sepi Sekuntum Mawar Merah dan Cinta Selembut Sutera).

Sepertimana kapsul waktu, setiap kembara ada tempoh matangnya. Kini, ia sudah sampai waktunya untuk kedua-dua lagenda ini bergabung dan beraksi buat julung kalinya di atas pentas yang sama dalam konsert KEMBARA KITA.


Menurut Datuk Ramli Sarip, "Waktu saya mula-mula kenal Ella, saya nampak dia nampak sangat 'street' dengan jeans biru dan baju T. Jadi, saya terbitkan ketiga-tiga album dengan mengekalkan imej dan gaya street Ella itu."

Konsert KEMBARA KITA yang diangkat namanya daripada lagu duet mereka dianjurkan oleh Rasa Karya Sdn Bhd yang bakal diadakan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 14 dan 15 Februari 2020, bermula jam 8.30 malam


KEMBARA KITA bukan sahaja menampilkan perjalanan muzik mereka, malah sebahagian daripada 'soul' dan kedewasaan mereka sebagai sumbangan terhadap industri muzik ini.
"Sedikit sebanyak, KEMBARA KITA juga adalah suatu usaha untuk menjayakan impian arwah Fauzi Samin a.k.a. Aji yang mahu sangat-sangat konsert Rock N Roll dan Blues ini menjadi kenyataan," kata Datuk Ramli Sarip.

Ella juga berkata yang dia sangat berbesar hati apabila diberi peluang untuk menjayakan konsert KEMBARA KITA di pentas bersama Datuk Ramli Sarip.

KEMBARA KITA bukanlah sekadar konsert biasa. Luar biasanya ia bakal menampilkan perjalanan muzik mereka secara peribadi, pengalaman yang dikutip selama ini, momen-momen magis yang pernah tercetus sebelum ini serta kembara mereka bersama yang sudah dilupai bahkan tak pernah diperkatakan sebelum ini. 

Ia juga turut diiringi barisan pemuzik berpengalaman yang bakal mengiringi persembahan masing-masing dalam konsert selama dua jam setengah ini akan menampilkan 'repertoire' yang tidak pernah disaksikan di mana-mana persembahan sebelum ini. 

Nantikan hanya di KONSERT KEMBARA KITA!

Daripada segemen solo kepada segmen duet, Datuk Ramli Sarip dan Ella akan melakukan 'kejutan' tidak dijangka yang akan meninggalkan kepuasan buat peminat serta pengikut tegar mereka yang datang menyaksikan konsert KEMBARA KITA.


HARGA TIKET

RM510/RM460/RM360/RM310/RM260/RM210/RM160/RM110

Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sila layari


atau

Hotline
+603 2170 6333 


Post a Comment

0 Comments