Ticker

6/recent/ticker-posts

Lotus Desaru Beach Resort & Spa | Lokasi Honeymoon Yang Menarik dan Menyeronokkan!

Selamat pengantin baru dan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Anda masih tercari-cari lokasi untuk berbulan madu? Jom Admin nak kongsikan dengan anda semua satu tempat menarik di Lotus Desaru Beach Resort & Spa untuk honeymoon. Tak kiralah kan pengantin baru ke pengantin lama, apa salahnya kan kalau nak berbulan madu.

Tak perlu pergi jauh-jauh, lebih-lebih lagi di waktu pandemik Covid-19 ni. Johor pun sudah memadai untuk meluangkan masa bersama dengan pasangan. Lotus Desaru Beach Resort & Spa merupakan salah satu destinasi menarik di Johor yang harus anda inap kerana hotel ini memiliki taman tema air yang menjadi kesukaan para pengunjung terutama yang ada anak-anak. 

Lihat sahaja taman air yang terdapat di halaman resort ni? Cantik bukan?


Di sini juga ada Gymnasium dan kolam renang khas lain selain taman air. Berkonsepkan resort mewah dengan dikelilingi pemandangan hijau menenangkan, ia sama sekali memberi keselesaan kepada para tetamu untuk menginap di sini. 

Terdapat beberapa jenis bilik penginapan yang anda boleh inap di sini. Memandangkan Admin kali ini nak berbulan madu, jadinya Admin ketengahkan bilik penginapan atau suite honeymoon yang pasti membuatkan anda dan pasangan anda teruja untuk menginap.

Setiap unit bilik honeymoon dilengkapi dengan penghawa dingin, katil yang empuk, ruang tamu yang selesa, balkoni menghadap kolam, jacuzzi serta pihak restoran turut menyediakan sarapan percuma.



Pasti anda akan rasa penat kan meneroka kawasan Lotus Desaru Beach Resort & Spa ni. Anda tak perlu risau kerana di sini ada perkhidmatan Buggy Car yang akan membawa anda pusing-pusing kawasan sekitar serta bawa anda terus ke bilik penginapan anda. So, jom tengok aktiviti menarik apa yang anda boleh lakukan bersama pasangan anda di sini.

Banyak aktiviti menarik yang anda dan pasangan anda boleh lakukan di sini. Antaranya boleh ke Mini Zoo bersama pasangan, bawa isteri anda ke Spa yang disediakan dan jalan-jalan sekitar Pantai Desaru, berenang di Taman Air dan banyak lagi.

1) Lotus Suria Spa

Kalau anda terasa lenguh-lenguh badan tu, bolehlah rasai pengalaman berurut yang disediakan di Lotus Suria Spa. Memang puas hati dan segar je rasa badan.

2) Candle Light Dinner di tepi pantai Desaru

Usai solat Maghrib, anda dan pasangan anda tentu ingin merakam detik kenangan bersama kan? Apa kata anda ambil angin malam di tepi pantai dengan ditemani hidangan enak yang disediakan oleh Restoran Teratai.


 
  

3) Sarapan Pagi di Teratai Coffee House

Restoran tempat makan pun ada di sini. Kebiasaannya untuk sarapan pagi anda akan makan di Teratai Coffee House. 


4) Mini Zoo & Arked Game

Bukan itu sahaja. Anda juga tak perlu nak penat-penat ke tempat lain. Kat dalam ni anda boleh bersiar-siar melihat taman mini zoo dan juga kalau anda rajin lagi, boleh ke arked permainan video di bahagian lobi.



5) Beriadah di Kawasan Sekitar Resort

Selain itu, anda juga bolehlah bersiar-siar di sekitar kawasan resort. Nak berjogging pun boleh, nak berbasikal pun boleh. Nak makan-makan dekat Restoran Teratai dan Beach Hut pun boleh. Nak jalan-jalan kat pantai pun boleh. Pasti anda akan rasa seronok dan best dengan aktiviti yang dilakukan.




Semoga tempat honeymoon kali ini dapat mengeratkan lagi hubungan anda dan pasangan. Apa yang pasti, ia akan menjadi detik kenangan terindah bersama pasangan menikmati keselesaan percutian bulan madu bersama.


Alamat
Lot 1854, Jalan Desaru, Bandar Penawar, 81930 Kota Tinggi, Johor

Website

Telefon
+607 884 2800

Baca Juga Artikel di Blog LeYa

Post a Comment

2 Comments

  1. Grand Mondial Casino - Mapyro
    Grand 논산 출장마사지 Mondial Casino, formerly known as Mondial Casino and Casino, 부천 출장샵 is a casino 당진 출장마사지 located in Las Vegas and has been a 파주 출장마사지 popular tourist attraction 제천 출장안마 since 1980.

    ReplyDelete
  2. Penginapan yang sangat menarik di Lotus Desaru Beach Resort & Spa.

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)