Ticker

6/recent/ticker-posts

Panduan Newbie Hasilkan Konten TikTok Untuk Dapatkan Ribuan Pengikut

Hari ini kita tahu yang platform TikTok semakin popular dan meningkat naik dalam kategori media sosial mengenai perkongsian video pendek. Menurut sumber tertentu, sehingga Februari 2023, TikTok telah dimuat turun sebanyak 3.5 billion. Ini menjadikannya platform media sosial ke-6 paling popular di seluruh dunia.

Admin pasti ramai yang tidak mengetahui TikTok sebenarnya aplikasi online yang berasal dari China. Ianya telah dilancarkan pada September 2016 dengan nama DouYin dan diurus oleh ByteDance. Kemudian, pada September 2017, TikTok dilancarkan ke seluruh dunia untuk semua peranti IOS dan Android.

Panduan Newbie Menghasilkan Konten TikTok Bagi Mendapatkan Ribuan Follower

Admin pasti lagi yang anda sudah cuba post beberapa video di TikTok dan mengharapkan video itu boleh meningkatkan follower tetapi malangnya ia tidak menunjukkan hasil. Jadi, pasti anda tertanya-tanya atau ingin tahu bagaimana sebenarnya cara untuk mendapatkan lebih banyak peminat dan pengikut di TikTok dalam waktu yang singkat.

Daripada apa yang Admin lihat, rata-rata yang popular dan mendapat ribuan pengikut di TikTok dalam masa singkat telah menghasilkan konten yang sangat baik dan mudah diviralkan. Berikut adalah beberapa tips yang dapat Admin kongsikan mengenai cara bermain TikTok untuk mendapatkan ribuan pengikut:

1. Content Mesti Original. Jika anda post konten yang sama seperti orang lain buat, memanglah ia sangat sukar untuk mendapatkan ramai follower. Anda perlu pilih satu tajuk atau niche yang anda rasa mahir dan boleh menonjol di TikTok. Contohnya memancing, memasak atau bersukan.

2. Konsisten. Rekod video dalam durasi pendek. Biar singkat pun tak mengapa tetapi padat. Untuk permulaan boleh hasilkan video bawah 1 minit. Dan cuba untuk konsisten selama 180 hari, sehari 5 video pendek yang bermanfaat.

3. Guna Sound Yang Popular. Ini satu lagi tips yang bermanfaat. Untuk buat orang suka tengok video kita, anda perlulah menggunakan muzik yang tengah trending supaya orang lebih mudah terhibur. Paling penting, anda boleh buat video dengan muzik popular itu dengan baik.

4. Kolaborasi Dengan TikTokers Lain. Cuba anda bekerjasama dengan pengguna TikTok lain. Ini adalah kaedah terbaik untuk mengembangkan lagi pengikut anda. Ia juga turut membantu konten anda terlihat kepada kumpulan yang baharu. Fungsi Duet TikTok membolehkan anda membuat persembahan dengan pengguna lain tanpa perlu bersemuka.

5. Belajar Dari TikTok Lain. Sebelum mula membuat video sendiri, anda sekali lagi harus melayari bahagian "For You" untuk menjadikan bagaimana video anda juga boleh mempunyai ratusan ribu bahkan berjuta-juta likes. Anda boleh menggunakan pengetahuan ini untuk meningkatkan kualiti video anda yang seterusnya.

6. Follow Orang Lain. Cukup dengan mengikuti pengguna lain sudah boleh mengembangkan rangkaian anda. 

7. Tingkatkan Skill Photography. Nak video kita lebih dikenali dan popular, cuba anda belajar kemahiran sekurang-kurangnya basic fotografi dengan betul dan tingkatkan juga skill shooting camera anda (walaupun hanya menggunakan smartphone). Jadilah yang terpaling kreatif yang boleh, sepertimana yang dilakukan oleh para influencer terkenal di luar sana. Normal in boring! Hehe...

8. Share Profile TikTok di Media Sosial. Sekiranya anda mempunyai pengikut yang besar di platform media sosial lain, apa kata anda manfaatkannya dengan berkongsi konten yang anda buat di TikTok. Admin pasti pengikut yang mengenali anda di laman web itu, akan turut cenderung mengikut anda di TikTok juga.

Kalau anda sejenis pemalu atau introvert, tidak perlu risau untuk hasilkan konten tanpa paparkan wajah anda. Ada sahaja TikTokers yang mampu mendapatkan puluhan ribu followers dengan hanya berkongsi video mengenai resipi makanan atau berkebun tanpa penampilan wajah. Anda hanya perlu tunjuk cara atau langkah-langkah sahaja mampu menjadikan video anda itu disukai dan seterusnya mampu mendapatkan pengikut yang ramai.

Post a Comment

1 Comments

  1. x ada masa nak buat video tiktok. ada gak upload sedikit video. Buleh la buat rasa2...

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)