8 November 2017 - Inisiatif Hijau KL 2017 yang dilaksanakan sempena Sukan SEA ke-29 dan Sukan PARA ASEAN ke-9 telah mencapai sasarannya apabila berjaya mengurangkan pelepasan gas rumah kaca sebanyak 2,703 tan karbon dioksida.
Menurut Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin , itu adalah hasil yang diperoleh apabila berjaya merawat sisa sebanyak 49 peratus tanpa perlu dibawa ke tapak pelupusan.
"Secara keseluruhannya saya amat berpuas hati dengan inisiatif hijau dengan beberapa kejayaan simbolik di sepanjang temasya ini."
Inisiatif Hijau KL 2017 yang dijalankan ini berjaya menghasilkan penjimatan dan pengurangan gas rumah hijau serta melepasi sasaran yang diletakkan iaitu 30 peratus untuk rawatan sisa dan 15 peratus penggunaan tenaga.
Sebanyak
235 pokok ditanam atlet-atlet Malaysia yang mewakili 145 dan 90 pingat
emas yang dimenangi Kontinjen Malaysia pada Temasya Sukan SEA dan Sukan
Para ASEAN ditanam di sekitar KL Sport City sempena kesinambungan
program "Satu Pingat, Satu Pokok" yang dilancarkan 2 Ogos lalu.
Malah ia tidak termasuk dengan penggunaan
pengangkutan awam dan basikal yang disediakan. Jika diikutkan, lebih
banyak penggunaan gas rumah hijau yang dapat dikurangkan," katanya.
Khairy
berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan program
Satu Pingat Satu Pokok di perkarangan Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Yang
turut hadir, Pengerusi Landskap Malaysia, Tun Jeanne Abdullah; Ketua
Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) Datuk
Seri Ir Dr Zaini Ujang dan Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat
Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MOSAC) KL2017, Datuk Seri Zolkples
Embong.
Justeru,
Khairy berharap, Inisiatif Hijau yang pertama kali dilakukan dalam
penganjuran Sukan SEA dan Sukan PARA ASEAN dapat menjadi contoh kepada
acara besar yang lain. Hal ini kerana, beliau melihat
pendekatan dengan menggunakan temasya sukan sebagai pentas untuk
mempromosi pembangunan lestari dan gaya hidup hijau ini dianggap sebagai
berjaya.
"Jadi ia boleh dicontohi apabila Malaysia menjadi
tuan rumah kepada Mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dan
Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) pada tahun 2020. Kita
boleh menggunakan acara penting ini untuk menunjukkan inisiatif hijau
yang dijalankan.
"Namun bukan melalui acara besar ini saja
tapi pendekatan ini juga harus menjadi rutin kepada rakyat Malaysia
untuk mengurangkan pengeluaran gas rumah kaca dalam memelihara alam
sekitar dan khazanah hutan negara," katanya.
Sumber: Berita Harian | Kementerian Belia & Sukan
0 Comments