Ticker

6/recent/ticker-posts

[Sugardoll] Bayangan Dari Siti Sarah Raisuddin Sebagai Duta Produk

Asalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca Blog Propa Rangers...
 

 

Baru-baru ini, para peminat dikejutkan dengan berita penyanyi popular Siti Sarah Raisuddin 33 tahun, yang tetiba hampir pitam akibat keletihan dan tekanan darah rendah yang melampau dan terpaksa dikejarkan dengan ambulan ke hospital. 

Propa Rangers berkesempatan menemui Siti Sarah, pada majlis pelancaran produk penjagaan rambut Sugardoll by NN, di Flora Terrace, Kuala Lumpur. Siti Sarah dilantik sebagai duta kepada produk penjagaan rambut Sugardoll yang merangkumi syampu, perapi, tonik dan vitamin.



Sugardoll merupakan jenama tempatan yang bermula operasi penjualannya pada Oktober 2016. Menurut Pengasas produk Puan Nabilah Nazib "idea dari nama "sugardoll" ada lah dari beliau sendiri, yang mana dia lebih suka vitamin yang dibuat berbentuk gula-gula 'sugar' dan 'doll' adalah bayangan dari Siti Sarah. Puan Nabilah atau lebih dikenali sebagai Bella sudah lama bercita-cita untuk membuat produk penjagaan rambut dan membayangkan Siti Sarah sebagai duta rasmi produknya." 



Pertemuan dengan ikon terkenal negara itu, yang secara umumnya kita semua tahu bahawa beliau sangat menitikberatkan penjagaan kecantikan dari hujung rambut sehingga hujung kaki. Mengambil masa selama hampir 5 bulan, dari pertemuan pertama pengasas bersama Siti Sarah, akhirnya persetujuan dimeterai dan beliau kini merupakan duta rasmi kepada rangkaian produk sugardoll.


Rangkaian produk mempunyai kelulusan KKM. Rawatan khusus untuk menyelesaikan masalah yang rata-rata dialami oleh 90% wanita yang telah bersalin, wanita-wanita yang meningkat usia dan tidak lupa juga ia merupakan masalah yang turut di alami oleh kaum lelaki. Produk dihasilkan oleh kilang yang bertaraf gmp, halal dan dimiliki oleh bumiputera 100%.
 

Sugardoll juga telah mempunyai stokis besar di Singapura, Brunei, Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak. Diikuti dengan agen-agen rasmi kami yang berada dihampir seluruh Malaysia.

Post a Comment

1 Comments

  1. Syabas dan tahniah diucapkan kepada pengasas Sugardoll, Pn Nabilah Nazib dan juga Siti Sarah Raisuddin selaku duta produk utama...

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)