Berita baik buat semua peminat Doraemon! Kucing robot biru kesayangan anda dah kembali ke Malaysia dengan kerjasama antara Animation International (M) Sdn Bhd dan Paradigm Mall, Petaling Jaya yang telah membuka pop-up storenya yang terletak di Upper Ground floor di Mall ini. Peminat boleh berkunjung ke Pop-Up Store dari 11 Januari 2019 hingga 17 Februari 2019.
Dengan kejayaan besar Doraemon di Pop-Up Store, Johor Bahru, pihak Animation International (M) Sdn Bhd memutuskan untuk membawa keseronokan ini ke ibu negara Malaysia iaitu Kuala Lumpur buat peminat Doraemon dari dalam negara mahupun negara jiran untuk turut berkunjung ke Pop-Up Store yang diadakan. Anda boleh bergambar dengan 30 Doraemon bersaiz hidup (life-size) dan berkongsi ke laman instagram anda. Terdapat pelbagai jenis barangan boleh didapati di sini termasuk edisi terhad yang mungkin tidak ada di tempat lain. Acara ini boleh dikunjungi oleh semua orang ramai dan masuk adalah PERCUMA.
Latar Belakang Animasi Doraemon
Doraemon bermula sebagai satu majalah kanak-kanak pada tahun 1969. Ia mengisahkan tentang seekor kucing robot yang bergerak dari masa ke semasa yang datang dari abad ke-22 untuk membantu seorang budak lelaki bernama Nobita Nobi yang boleh dikatakan lemah dan sering dibuli rakan-rakannya. Sebanyak 1,345 kisah telah dicipta dalam siri asal yang diterbitkan oleh Shogakukan. Siri animasi Doraemon ini telah menjadi kegemaran ramai tidak kira golongan dewasa mahupun kanak-kanak. Ia juga turut menjadi ikon di peringkat antarabangsa yang telah pun muncul dalam Upacara Penutupan Sukan Olimpik Musim Panas 2016 bagi mempromosikan Sukan Olimpik Musim Panas 2020 di Tokyo, Jepun.
100 Ekspo Gadget Rahsia Doraemon yang pertama kali diadakan di Kuala Lumpur adalah pada tahun 2013 dan acara itu telah berjaya menarik minat ramai dari negara jiran seperti Thailand, Singapura, Indonesia, Brunei dan Filipina untuk turut melancong ke negara kita dan melawat pameran itu.
Kali ini, selain daripada 30 patung Doraemon bersaiz hidup dipamerkan, pengunjung juga berpeluang melihat pelbagai barangan yang diinspirasikan oleh Doraemon dijual di Pop-Up Store. Selain itu, turut diadakan pelbagai aktiviti menarik hujung minggu kepada dewasa dan kanak-kanak untuk merasai pengalaman yang menyeronokkan di pameran tersebut.
Steve Chow yang merupakan Pengarah Animation International (M) Sdn Bhd bersemangat dengan acara yang akan menarik orang ramai ke sini. Dia sentiasa yakin bahawa acara itu akan menarik peminat watak anime yang sentiasa hit iaitu Doraemon dan akan membuat acara itu satu acara yang tidak akan dilupakan.
Selain daripada tema Doraemon yang ikonik di Paradigm Mall PJ, turut juga mengisi pusat membeli-belah ialah bunga-bunga mekar bagi meraikan kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina. Bukan itu sahaja, ia turut menghiasi di Paradigm Mall Johor Bahru dan gateway@klia2 bagi merasai satu perasaan kekayaan, kemakmuran dan aura positif Tahun Baru Cina.
Bagi menambah rasa keseronokan kepada pengunjung dan menjadikan Tahun Baru Cina pada tahun ini sangat istimewa, terdapat satu siri aktiviti luar biasa dan menggembirakan akan diadakan seperti berikut:-
Exclusive Doraemon Merchandises Redemptions
11 Januari - 17 Februari 2019
Setiap pembelian barangan Doraemon dalam tempoh ini, pengunjung boleh menebus Doraemon Umbrella dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM288.
Bagi ahli program WCT Buddy, turut mendapat peluang menebus edisi terhad Doraemon Non-Woven Bags dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM238.
**Bergantung pada terma & syarat sehingga stok terakhir
Exclusive Angpow Packets Redemptions
18 Januari - 17 Februari 2019
Setiap pembelian barangan Doraemon dalam tempoh ini, pengunjung boleh menebus Peony Angpow Packet Series dengan pembelian minimum sebanyak RM138 dan Doraemon Angpow Packet Series dengan pembelian minimum sebanyak RM188.
**Bergantung pada terma & syarat sehingga stok terakhir
Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti dan promosi, boleh layari laman sesawang dan media sosial di bawah:
Facebook
Website
Anda juga boleh berkunjung ke Concierge Counter di Level CC, Paradigm Mall PJ atau hubungi talian khidmat pelanggan di 03 - 78011188.
33 Comments
Alolo comelnya doraemon hehhe best la event2 camni
ReplyDeleteYe memang seronok...
DeleteFav kita Doraemon jugakkkkk. Sayangnya tak tahu ada ni kalau tak dah lelaju pegi situ serang Doraemon ambik gambar!
ReplyDeleteAda lagi tu... Tarikh dia sampai 17 Februari.. Boleh serang dan ambil gambar lagi tuh... Hehehe..
Deleteau..BBL suka cerita kartun Doraemon ni. Merchandise limited edition ni mesti lah kena beli, lagi-lagi bantal Doreamon tu. comel betul rasa nak peluk kuat-kuat
ReplyDeleteHahaha... comel-comel kan. Min pun teruja sangat
DeleteHalah halah halah. Favorite Favorite cartoon sungguh! Memang gila dengan doraemon ni. Kalau dkt ni, mmg cx pergi hahaha. Teruja rasa. Lg² hidup. Anak² mesti suka. Huhu
ReplyDeleteAlaaa... CX tinggal di mana.. Ermm... sempena CNY cuti sekolah kan.. Boleh lah jalan-jalan KL dan singgah sini... Hehehe..
DeleteAwww kawaiiii! Doraemon ni mmg all time fave semua orang kot. Siapa yg membesar tak kenal Doraemon rasa macam tak lengkap betul. Hehee
ReplyDeleteBetul tuh.. Dari kanak-kanak sehinggalah dewasa. Memang suka dengan animasi Doraemon ni.
DeleteSaya pun nak pergi mall ini lar untuk tengok idola saya-Doraemon dan rakan-rakan. Sudah tentu si kecil saya akan terasa teruja juga. :D
ReplyDeleteYe dipersilakan untuk pergi dan lihat.. Pasti teruja!
DeleteDoraemon! If my nieces & nephews are here, I will be the one that's dragging them back because nobody wants to leave.
ReplyDeleteHey Rawlins! Hurry up! Grab this merchandise for your niece & nephew.. Hehe..
DeleteBagi aku, Doraemon ni lejen..baca komik, layan kartun Doraemon sejak dari kecil lagi (30thn lps!).. tapi sampai hari ni, Doraemon masih menarik minat anak2 di zaman moden
ReplyDeleteBetul.. Min setuju. Memang sampai ke hari ni kartun ni still relevan dan disukai ramai..
DeleteDoraemon ni antara aniamsi favorite time kecik dulu dulu. Sampai sekarang tak jemu nak tengok doraemon. Kena pergi ni nanti. Macam best je sini
ReplyDeleteExactly! Kartun Doraemon yang tak pernah jemu ditonton
Deletewa Doraemon so cute la! I want to bring my kids there to see them. Also shop and redeem the nice merchandise too hehehe. thanks
ReplyDeleteYeah.... Sure you can do it!
Deletewah bestnya..bawak anak mesti dia suka giler ni..haish tapi datang sini pun kena bawak duit kan...hahaa..kan macam-macam nak membelinya ni..hehe
ReplyDeleteHahaha... Sesekali tak salah Nadia. Bring anak-anak dan raikan keseronokan mereka
DeleteBetul, org dewasa pun suka tgk doraemon ni..banyak betul siri karton doraemon erk.. liez pun suka terutama sekali dgn watak doraemon dan sizuka.
ReplyDeleteYeah! Memang banyak. Min macam nak cari je semua siri dia semula. Kan3x...
DeleteComelnya Doraemon tu.. bulat je kan.. sizuka dan Nobita pun ada yea.. ala.. kenapa tak dekat rumah je.. kalau tak TB nak pi bawak harraz.. hehehe
ReplyDeleteAlaa TB... Kan cuti sekolah sempena CNY tu.. So..apa lagi? Boleh lah bawak Harraz
DeleteMeriah betul ye. Punya banyak patung Doraemon ni teringat pula kawan kita yang fanatic Doraemon. Kalau dekat ni mesti dia dah terjah dulu. Nad follow sini #37
ReplyDeleteYeah... Thanks follow us
DeleteWah boleh gila tengok koleksi barangan Doraemon ni. Memang suka watak animasi dari kecik sampai sekarang. Tak pernah bosan walaupun tengok banyak kali.
ReplyDeleteBetul tu.. Doraemon ni walaupun dah lama tapi sampai sekarang masih disukai ramai
Deletewahhh so many doraemon! calling all doraemon fans, these surely a must visit! they will go crazy, taking photo with doraemon and buying all the merchandize.
ReplyDeleteYeah! Just grab it now... Hehe..
Deleteala comelnya. kita peminat doremon tau memang tak tipu. kalau waktu keja. masa lunch kalau tapau mesti bukak tengok citer doremon sambil makan
ReplyDelete