Kecoh sekejap di laman sosial baru-baru ini di mana ada beberapa artis yang inginkan bantuan khusus disebabkan katanya tiada pendapatan dalam waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlaku di negara kita, Malaysia.
Menerusi laman facebook seorang penulis blog http://www.iamfuzy.com/, beliau telah menyatakan kekesalan kerana sesetengah sikap artis yang cuba memperlekehkan golongan miskin. Rata-rata perkongsian status yang dimuat naik di laman Facebook beliau mendapat sambutan hangat dari netizen Malaysia mengenai isu tersebut.
Tujuan beliau memuat naik status itu bukan untuk memburuk-burukkan artis tersebut.
Tetapi sekadar nak meluahkan perasaan dan pendapat tentang adab dalam berbicara dan menghormati antara satu sama lain.
Di sini Admin kongsikan status yang dimuatnaik oleh pemilik Facebook Fuzy Rahamah Hamid di laman sosialnya.
"Rasa sedih bila fikiran orang muda macam ni. Showing their true color untuk public ke apa ni.. sedih umi!
Jangan la komen pasal orang miskin sebab diaorg tak akan kaya pun. Apa la sangat dgn RM1600 tu? Cubalah paham..
Makin hari makin macam-macam... Dah la rasa mual dengan nak minta bantuan khusus buat retis sipolan sipolan tu. haishh...
Baru nak up story kat blog www.iamfuzy.com ... bukan nk cite pasal bisnes orang tapi selain Makcik Kiah, Makcik Senah boleh tak kaya.
Rasanya PKP ni bukan setakat kawal pergerakan tapi kena kawal mentaliti jugak.
Komen yang baik-baik ya dan doakan mereka ni boleh buat hitung kira dgn lebih bernas dengan jumlah yang orang miskin akan dapat nnt berbanding apa yg diaorg ada"

Perkongsian itu mendapat lebih 7600 tanda suka dan lebih 17 ribu dikongsi semula oleh netizen.
Tapi ada benar juga kan kata-kata beliau.
Admin fikir, Tuhan mahu tegur admin. Admin pun kadang terlupa dengan dunia hari ini. Hari ini saya diajar agar jaga dalam pertuturan. Kelak buruk padahnya. Redha dengan setiap yang berlaku.
2 Comments
thank you admin...semoga pembaca faham niat sy bukan untuk memburukan mereka yg cukup dikenali ramai tu tapi cuba letak diri dia kat orang yang biasa-biasa yang kerjanya makan gaji atau mungkin kerja gaji hari..
ReplyDeleteOrang sokong pun kena kecam..tue yg x tahan..hahaha
ReplyDelete