Okay... tak dinafikan ramai dalam kalangan kita suka travel. Memandangkan sekarang ni Malaysia sedang mengalami Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan rasa bosan tidak dapat travel ke mana-mana, apa kata kita baca kisah perjalanan yang memberi inspirasi dan tertarik untuk ke tempat itu nanti. Oleh kerana zaman teknologi canggih hari ini melahirkan ribuan laman travel yang sedia ada, kami telah menyusun semula 5 Blog Travel Malaysia yang mesra muslim dari kalangan ahli Propa Rangers sendiri.
Sekiranya memerlukan inspirasi untuk merancang perjalanan anda, kami sarankan agar melayari 5 blog travel yang mengagumkan ini untuk perjalanan ke pelusuk dunia!
1) Mat Drat
Blog Mat Drat merupakan blog yang memaparkan kisah-kisah perjalanan, itenerari dan gambar-gambar menarik sewaktu beliau melangkahkan kaki ke tempat yang dituju tidak kira secara persendirian mahupun bersama keluarga dan rakan-rakan.
Nak kenal lebih rapat dan baca cerita-cerita menarik beliau, jom ke laman ini
2) Mieda Jaz
Mungkin ramai di kalangan anda tidak pernah mendengar blog ini. Namun, ia merupakan salah satu contoh niche blog travel yang kami kagumi. Penulis menumpukan aktiviti-aktiviti menulisnya dengan topik tertentu. Tentunya, Blog Mieda Jaz khusus untuk cerita travel!
Ikuti Blog Mieda Jaz di
3) Sabatini & Azlan Andi
Dua pasangan suami isteri ini lebih terkenal dengan Instafamous di mana memiliki followers yang begitu ramai sehingga mencecah ratusan ribu. Walau bagaimanapun, blog Azlan Andi dan Sabatini tidak terhenti di situ. Mereka akan menulis kisah-kisah perjalanan mereka bersama keluarga dan mengabadikan kenangan gambar yang indah di blognya.
Ikuti perjalanan blog Sabatini & Azlan Andi di
4) Wan & Ruby
Wan dan Ruby juga merupakan pasangan suami isteri yang menumpukan penulisan dalam tempat menarik di Malaysia yang mereka jelajah bersama. Kepakaran mereka tidaklah terletak dalam penulisan blog tetapi mereka menumpukan sepenuhnya pada Laman Facebook yang kini sudah mencecah 100,000+ pengikut. Tidak lekang dengan idea dan cara penyampaian yang mudah difahami, tidak hairanlah FB Pagenya mendapat sambutan dengan gambar-gambar menarik sewaktu memulakan perjalanan ke destinasi yang dituju.
Jom Like & Follow Tempat Menarik Malaysia
5) Hahn Zulkifli
Hahn Zulkifli lebih aktif di Laman Youtube nya kerana ia lebih terperinspirasi dengan rakaman-rakaman video untuk kenangan akan datang. Setiap video yang disunting sangat menarik dan dirasakan seperti berada di situ juga. Walaupun perjalanan penulisan di www.hahnzulkifli.com telah dinoktahkan, anda berpeluang merasai pengalaman di dalam videonya.
Rasai pengalaman bersama video Hahn di
Banyak lagi laman travel yang popular dan mempunyai pengisian yang baik dan bermanfaat diluar sana. Sekiranya anda seorang penulis seperti mereka, apa kata tinggal link anda di ruangan komen untuk sama-sama kita blogwalking!
7 Comments
Alhamdulillah...tq proparangerd
ReplyDeleteWah glamor kak mida kite 😍
ReplyDeletewow..terbaik proparangers
ReplyDeleteTerima kasih admin....
ReplyDeleteDan tahniah rakan2 traveller yg masuk dlm list. Nanti habis PKP, kita sambung travel..😊
byk travel, boleh concentrate topik tu je.
ReplyDeleteaida ni, setahun few times je travel :) ha ha ha ha...
Wahh boleh usha blog dorang ni.. nak tau tempat menarik
ReplyDeleteWow tahniah semua blogger terhebat..
ReplyDelete