Ticker

6/recent/ticker-posts

Lirik Lagu Sengsara - Khai Bahar

Sengsara merupakan buah tangan terbaharu dari penyanyi popular Khai Bahar selepas lagu cinta ‘Hilang Gelita’ yang mewarnai drama Kisah Cinta Rumi. Lagu ciptaan trio komposer hebat John Jeeves, Firdaus Rahmat dan Omar K ini merupakan lagu runut bunyi (OST) kepada filem Dendam Penunggu.

Dendam Penunggu merupakan filem eksklusif pertama dari tonton CINEMA dan akan menemui penonton pada bulan Ogos depan. “Syukur alhamdulillah Khai sangat berbesar hati apabila pihak Monkey Bone menawarkan kepada Khai untuk menyanyikan lagu Sengsara untuk OST Dendam Penunggu. Semasa mendapat tawaran tu agak last minute dan kami terus setuju tanpa berfikir panjang sebab diberikan peluang kerana lagu ni sangat sedap dan unik. Alhamdulillah sempat disiapkan walaupun ada cabaran tersendiri dengan keadaan pandemik COVID-19 di negara kita. Harapan Khai lagu ni akan dapat dihayati dan diterima oleh pendengar semua. Khai pun tidak sabar nak menonton filem Dendam Penunggu ini pada bulan Ogos nanti.”

Sementara itu, Pengurus Besar Kanan, Penerbitan Program Dalaman Media Prima, Puan Nor Shahila Harun Shah turut meluahkan perasaan gembira apabila Khai Bahar sudi menerima tawaran untuk menyanyikan lagu Sengsara ini. “Khai Bahar mempunyai mutu suara yang lunak dan mudah melekat di telinga pendengar. Kami yakin dengan kebolehan Khai untuk menyampaikan sebuah lagu ini dengan baik. Harapan kami agar peminat Khai akan dapat menyokong lagu single terbaharu Khai ini.” 

Sengsara sudah boleh di strim di semua pelantar digital bermula dari hari ini. Lirik video rasmi Sengsara pula dapat di tonton di Youtube Monkey Bone.

Lirik Lagu Sengsara
Komposer / Lyricist : John Jeeves , Firdaus Rahmat , Omar K

Puaskah hatimu
Melukakan seorang yang kau cinta?
Tanggung duka tapi ku sembunyikannya
Tangisan diendah
Janji yang dimungkiri hingga noktah 
Di hujungnya
Masa kau akan tiba

Dalam sengsara
Kamu
Kekal kau di situ
Sentuhanmu sengat berbisa
Jauh dari aku
Dalam sengsara 
aku
selamat dari mu
Tusuk jiwa tinggalkan sisa
Hilang selamanya

Mengalirnya merah
Tiada lagi hiba yang bergema
Parut lama masih timbulkan kesannya
Sesalan melanda,
Bila topeng pendusta mu dibuka
Benar nyata
Padahku bergelita

Timbangan neraca di akhir segala
Sehalus misteri merungkai jawapan
Bersama raga, sengketa semadikan
Selagi bernyawa kasih akan berkuasa

Post a Comment

0 Comments