Selamat pengantin baru dan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Anda masih tercari-cari lokasi untuk berbulan madu? Jom Admin nak kongsikan dengan anda semua satu tempat menarik di Lotus Desaru Beach Resort & Spa untuk honeymoon. Tak kiralah kan pengantin baru ke pengantin lama, apa salahnya kan kalau nak berbulan madu.
Tak perlu pergi jauh-jauh, lebih-lebih lagi di waktu pandemik Covid-19 ni. Johor pun sudah memadai untuk meluangkan masa bersama dengan pasangan. Lotus Desaru Beach Resort & Spa merupakan salah satu destinasi menarik di Johor yang harus anda inap kerana hotel ini memiliki taman tema air yang menjadi kesukaan para pengunjung terutama yang ada anak-anak.
Lihat sahaja taman air yang terdapat di halaman resort ni? Cantik bukan?
Terdapat beberapa jenis bilik penginapan yang anda boleh inap di sini. Memandangkan Admin kali ini nak berbulan madu, jadinya Admin ketengahkan bilik penginapan atau suite honeymoon yang pasti membuatkan anda dan pasangan anda teruja untuk menginap.
Setiap unit bilik honeymoon dilengkapi dengan penghawa dingin, katil yang empuk, ruang tamu yang selesa, balkoni menghadap kolam, jacuzzi serta pihak restoran turut menyediakan sarapan percuma.
Pasti anda akan rasa penat kan meneroka kawasan Lotus Desaru Beach Resort & Spa ni. Anda tak perlu risau kerana di sini ada perkhidmatan Buggy Car yang akan membawa anda pusing-pusing kawasan sekitar serta bawa anda terus ke bilik penginapan anda. So, jom tengok aktiviti menarik apa yang anda boleh lakukan bersama pasangan anda di sini.
Banyak aktiviti menarik yang anda dan pasangan anda boleh lakukan di sini. Antaranya boleh ke Mini Zoo bersama pasangan, bawa isteri anda ke Spa yang disediakan dan jalan-jalan sekitar Pantai Desaru, berenang di Taman Air dan banyak lagi.
1) Lotus Suria Spa
Kalau anda terasa lenguh-lenguh badan tu, bolehlah rasai pengalaman berurut yang disediakan di Lotus Suria Spa. Memang puas hati dan segar je rasa badan.
3) Sarapan Pagi di Teratai Coffee House
Restoran tempat makan pun ada di sini. Kebiasaannya untuk sarapan pagi anda akan makan di Teratai Coffee House.
2 Comments
Grand Mondial Casino - Mapyro
ReplyDeleteGrand 논산 출장마사지 Mondial Casino, formerly known as Mondial Casino and Casino, 부천 출장샵 is a casino 당진 출장마사지 located in Las Vegas and has been a 파주 출장마사지 popular tourist attraction ì œì²œ 출장안마 since 1980.
Penginapan yang sangat menarik di Lotus Desaru Beach Resort & Spa.
ReplyDelete