Wanita dan kanak-kanak adalah antara golongan yang paling ramai menderita diserang penyakit bahaya seperti kanser paru-paru dan penyakit lain-lain kesan daripada pencemaran asap rokok.
Kesan asap daripada pembakaran tembakau atau bahan yang terdapat dalam rokok menjadi punca utama kepada penyakit serius termasuk kanser paru-paru yang dihidapi perokok aktif dan pasif.
Ini dibuktikan menerusi kajian yang telah dilaksanakan yang menunjukkan di antara rokok tembakau dan produk alternatif seperti produk tembakau dipanaskan (HTP), rokok elektronik dan vape.
Kajian tersebut melaporkan kandungan nikotin hanya akan menyebabkan ketagihan dan bukan punca utama kepada pelbagai penyakit berkaitan dengan asap rokok.
Nikotin adalah bahan yang diperoleh daripada keluarga tumbuhan 'Solanaceae' yang juga dikenali sebagai Nightshades. Nikotin boleh menyebabkan ketagihan dan ia tidak bebas risiko. Walau bagaimanapun, ia bukanlah punca utama penyakit berkaitan merokok.
Nikotin yang berada dalam sistem badan kita akan mencetuskan otak untuk mengeluarkan hormon Dopamine turut mencetuskan kesan jangka pendek seperti peningkatan dalam kadar jantung dan tekanan darah.
Vape dan e-rokok memanaskan cecair nikotin berperisa untuk menghasilkan wap, manakala produk tembakau yang dipanaskan (HTP) memanaskan tembakau di bawah tahap pembakaran.
Oleh sebab tidak mengalami proses pembakaran, produk-produk tersebut tidak menghasilkan sebarang asap dan perlu kita ketahui, asap yang sebenarnya adalah punca utama penyakit berkaitan dengan merokok.
Asap terhasil daripada aktiviti membakar rokok konvensional mengandungi lebih 6,000 bahan kimia asap tembakau, yang mana sekurang-kurangnya 100 daripadanya dikenal pasti memudaratkan termasuk hidrogen sianida, karbon monoksida dan ammonia. Pembakaran rokok konvensional akan menghasilkan asap toksin dan tar serta bahan-bahan kimia yang memudaratkan dalam asap tembakau yang mana merupakan punca utama kanser.
Apabila asap tembakau disedut, tar akan membentuk lapisan melekit di dalam bahagian paru-paru dan situasi itu akan merosakkan organ berkenaan serta boleh menyebabkan kanser paru-paru, emfisema serta lain-lain komplikasi kepadanya.
Kita semua sedar akan bahaya merokok, namun ia bukanlah satu perkara mudah untuk perokok tegar berhenti dari menghisap rokok. Sudah pelbagai inisiatif dalam membantu perokok menghentikan tabiat mereka itu.
Menerusi dan kejayaan yang dilaksanakan, produk alternatif bebas asap rokok seperti vape dan produk tembakau dipanaskan merupakan salah satu kaedah pengurangan kemudaratan pembakaran tembakau.
Produk tembakau dipanaskan (HTP) adalah salah satu daripada banyak yang tersedia produk alternatif bebas asap rokok yang terdapat di pasaran. HTP tidak mengeluarkan sebarang bentuk asap. Sebaliknya yang dikeluarkan adalah aerosol.
Produk tembakau dipanaskan ini memberikan rasa dan deria yang sama pengalamannya kerana ia menyediakan nikotin yang ketagihan dan tidak bebas risiko tetapi ia tidak mengeluarkan asap yang boleh menyebabkan punca utama penyakit berkaitan tembakau.
Produk bebas asap rokok telah berjaya digunakan dalam rokok terapi gantian, membantu perokok dewasa berhenti tembakau dan nikotin sama sekali, sebagai contoh, bagaimana ia mengurangkan kadar pengguna rokok tradisional di Jepun.
Walaupun terdapat produk alternatif untuk mengurangkan ketagihan, namun harus diingat pilihan yang terbaik untuk kesihatan adalah dengan berhenti merokok.
0 Comments