Umat Islam sudahpun mula berpuasa di bulan Ramadan yang penuh berkah ini. Semestinya juga pada bulan puasa ini, ramai yang mahu atau sudah merancang berbuka puasa bersama rakan-rakan dan juga keluarga.
Jadi, kali ini Admin ingin kongsikan satu lokasi Bufet Ramadan yang menarik di The Pearl Hotel Kuala Lumpur.
Bertemakan "Sajian Warisan Nusantara", The Pearl Kuala Lumpur menawarkan pelbagai pengalaman unik dan konsep santapan Ramadan baharu dengan pelbagai acara yang menyeronokkan serta promosi istimewa makanan dan minuman bagi memberikan para tetamu merasai keistimewaan unik Bufet Ramadan bermula dari 14 Mac hingga 7 April 2024.
Uniknya pada tahun ini Bufet Ramadan The Pearl Kuala Lumpur menyajikan pelbagai Aneka Gerai Ramadan yang pastinya memberikan anda pengalaman seolah-olah berada di Bazar Ramadan. Antara Gerai Bufet Ramadan yang disediakan ialah Gerai BBQ, Gerai Satay Kajang, Gerai Kawah, Gerai Sup Berapi, Gerai Aneka Goreng, Gerai Sup Penang, Gerai Lemang Tok Wan, Gerai Bakar, Gerai Murtabak, Roti John & Roti Canai serta Gerai Jagung Kukus Sekinchan.
Kesemua Gerai Ramadan ini menyajikan aneka pilihan untuk santapan anda pada Ramadan Bufet kali ini. Di samping itu, turut tampil dengan penuh bergaya dari Chef The Pearl adalah Sambal istimewa iaitu Sambal Hijau, Sambal Belacan dan Sambal Tumis yang dijual pada harga RM15 sebotol. Antara menu istimewa lain yang dijual adalah Daging Tok Rendang (RM28), Ayam Masak Merah (RM18) dan Kupang Masak Hijau (RM28).
Terdapat lebih dari 100 pilihan menu masakan tempatan yang istimewa dan pastinya dapat memikat selera dan juga turut dihidangkan Resipi Klasik Melayu, Resipi Sajian Eropah, Resipi Klasik India, Resipi Sajian Arab & Mediterranean serta Resipi Sajian Klasik Cina. Bufet Ramadan pada kali ini menampilkan pelbagai hidangan istimewa yang pastinya memukau selera anda. Dari juadah pembuka selera, hidangan utama sehinggalah hidangan pencuci mulut. Setiap menu yang disajikan mempunyai keunikan rasa tersendiri.
Sudah pasti yang paling dinanti-nanti orang ramai adalah Kambing Panggang yang lembut dan diperap dengan baik. Selain daripada Kambing Panggang, anda juga disajikan dengan juadah asli seperti Daging Rendang Tok, Nasi Briyani Ayam, Nasi Briyani Kambing, Sup Tulang Rawan, Shawarma Ayam, Bubur Lambuk Ayam, Bubur Lambuk Daging dan tidak lupa juga pencuci mulut yang menarik seperti Gerai Apam Balik Special, Waffle, Gerai ABC dan Cendol berpulut, Aneka Biskut Nostalgia serta Gerai pencuci mulut dan buah-buahan.
Kebanyakan hidangan yang disediakan diinspirasikan daripada resipi klasik turun-temurun dari zaman-berzaman. Setiap hidangan disajikan dengan penuh kasih sayang dan pastinya memberikan anda merasai nostalgia Sajian Warisan dengan resipi istimewa dari Cef.
Dalam pada anda seronok menjamu selera, anda juga turut berpeluang mendapatkan pelbagai baucer membeli-belah daripada pelbagai jenis jenama dan servis yang terdapat di Pearl Shopping Gallery dan Pearl Point Shopping Mall seperti Jaya Grocer, Watsons, Nando's, Old Town, Home's Harmony, Tealive, Gong Cha, HWC Coffee, Breadstory, BeauMedic, Eye Cube, Signature Opticalm Anytime Aroma, La Gourmet, Hope Salon, Sen Spaca dan Fat Cat Cafe. Kesemua baucer ini akan diberikan secara rambang sepanjang Ramadan ini.
Acara kemuncak yang pasti menarik dan tertarik perhatian para tetamu adalah anda layak untuk tersenarai bagi acara cabutan bertuah dari The Pearl Kuala Lumpur yang menawarkan pelbagai hadiah menarik dengan hadiah utama RM5000 tunai menerusi setiap pembelian baucer Ramadan.
Hadiah Utama : RM5000 tunai
Hadiah Kedua : RM3000 tunai
Hadiah Ketiga : RM1000 tunai
3 Hadiah penginapan percuma - 2 hari 1 malam di bilik Premier
5 Hadiah penginapan percuma – 2 hari 1 malam di bilik Deluxe
Pengumuman cabutan bertuah : 8 April 2024
Status Halal merupakan keutamaan khusus bagi masyarakat Muslim untuk menjamu selera dan Dapur Restoran The Pearl Kuala Lumpur telahpun disahkan Halal mengikut konsep Shariah Islam oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Selain daripada juadah berbuka puasa yang indah, surau juga turut disediakan di tingkat 8 untuk para tetamu menunaikan solat Maghrib dan Terawih. The Pearl Kuala Lumpur turut menjemput imam bagi mengetuai Solat Terawih sepanjang bulan Ramadan ini.
Terletak di Aras 5, para tetamu boleh memilih untuk menjamu selera di dalam atau di luar sambil menikmati hidangan lazat. Melo Café & Deli mempunyai kapasiti tempat duduk sehingga 200 orang manakala ballroom mampu memuatkan sehingga 1000 orang pada satu-satu masa dan pastinya ia merupakan lokasi berbuka puasa yang tepat untuk menghargai detik-detik bersama keluarga, rakan-rakan dan insan yang tersayang.
MELO CAFÉ & DELI atau BALLROOM
1 Comments
Menarik pulak dia buat macam kiosk2 cam tu kan?
ReplyDelete