Ticker

6/recent/ticker-posts

300,000 Pengunjung Meriahkan Jelajah Karnival Jom Heboh di Terengganu

Sek Ganu power dooh! Karnival Jom Heboh Terengganu yang telah diadakan di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus pada hari Khamis hingga Sabtu (1 Ogos - 3 Ogos 2024) mendapat sambutan yang sangat luar biasa. Jumlah keseluruhan pengunjung yang hadir mencecah hampir 300,000 orang, kendatipun cuaca yang tidak menentu dan kesesakan lalu lintas yang tidak menjadi penghalang bagi warga Pantai Timur untuk hadir dek seperti slogan "negeri cantik, budaya menarik, orangnya baik-baik".

Selama tiga hari berturut-turut ini, Karnival Jom Heboh (KJH) terus menjadi tumpuan pengunjung kerana dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik yang menggamit hati warga Pantai Timur dari pelbagai jenis lapisan masyarakat. Dari aktiviti direruai Studio Tonton Drama Sangat sehingga ke gerai makanan, pelbagai aneka-aneka hidangan makanan tempatan dan juga makanan 'viral' telah disajikan hingga menjadikan setiap sudut Kompleks Sukan Negeri Terengganu dipenuhi dengan kemeriahan dan keriangan.

TARIKAN DAN AKTIVITI MENARIK DI KJH

Antara tarikan utama Karnival Jom Heboh Terengganu kali ini adalah Reruai Studio Tonton Drama Sangat yang umpama 'magnet' bagi pengunjung dalam ketiga-tiga pertandingan iaitu Pertandingan Fesyen 3R, Pertandingan Karaoke, Pertandingan Mewarna dan Tonton eSports War of Clans E-Football PES. Lebih istimewa kali ini, pertandingan Teka dan Menang wang tunai sebanyak RM500 telah dianjurkan khas bagi warga Terengganu dan telah mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan dengan jumlah penglibatan yang mencecah lebih 2,000 orang.

  

Keunikan bagi pertandingan Fesyen 3R ini mengangkat tema Reduce, Reuse & Recycle sejurus menampilkan rekaan luar biasa yang memanfaatkan bahan kitar semula. Bagi pertandingan Fesyen 3R ini, adik Siti Khadijah Umairah telah dinobatkan sebagai juara dan berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM300! Naib juara pula dimenangi oleh adik Haura Aqilla dengan rekaannya yang memukau juri, juga membawa pulang wang tunai sebanyak RM200. Manakala, adik Syafiah Qayra Qhaysara telah berjaya meraih tempat ketiga dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM150.

Kemunculan selebriti popular tanah air di Studio Tonton Drama Sangat selama tiga hari berturut-turut ini juga memberi peluang kepada pengunjung beramah mesra bersama barisan selebriti popular yang menghiasi slot drama dan program televisyen di TV3, TV9 dan Tonton. Antara selebriti yang hadir adalah Afdlin Shauki (Harimau Malaya), Harris Annuar (Harimau Malaya), Shah Iskandar (Polis Peronda), Chubb E (Tonton Eksklusif: Dara & The Gang), Daniesh Suffian (Lestary: Pengantin Pasti Jadi), Fizo Omar (Nasi Lemak Kopi O), Muaz Mohamed (Nasi Lemak Kopi O), dan ramai lagi! 



KJH Terengganu telah menyajikan program-program ilmiah dan islamiah yang memperkayakan minda dan jiwa para pengunjung. Pada tahun ini, KJH telah melanjutkan tradisi dengan menampilkan program Jom Selawat Bersama Efferty pada Khamis, 1 Ogos. Manakala, pada hari kedua dan ketiga (2 Ogos dan 3 Ogos), KJH telah menyediakan program Akustika Jom Heboh dan Malam Senandung Jom Heboh yang berjaya mengumpulkan dan menghiburkan ribuan pengunjung dengan persembahan-persembahan yang menggamit memori. 



Program Akustika Jom Heboh telah menampilkan barisan artis terkenal tanah air seperti Hazama, Ameng Spring, Naim Daniel, Black Hanafiah, Daniesh Suffian dan Syafiq Farhain yang berjaya dimeriahkan oleh hos Fizi Ali (HotFM) serta Mat Dan (MolekFM). Selain itu, kemeriahan Malam Senandung Jom Heboh  diteruskan dengan persembahan daripada Najmi Niery, Apex Tajuddin, Aiman Sidek, Lan Solo, Sham Visa, dan Joey BPR  dan diceriakan dengan kehadiran Hanif Miswan (KoolFM) serta  Mat Dan sebagai hos. 


Dengan kejayaan gemilang yang diraih, Karnival Jom Heboh di Terengganu membuktikan bahawa ia bukan sekadar acara biasa tetapi sebuah perayaan megah yang menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Dalam usaha menghibur, kami turut sensitif dan mengambil berat susulan krisis kemanusiaan yang berlaku di dunia Palestin. Kami di TV3 sentiasa prihatin terhadap krisis kemanusiaan dan kekejaman yang  berlaku ke atas rakyat Palestin. Anda boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun Bank Muamalat 1401 0008 8447 15 atau Maybank 5642 7651 0331. Sumbangan kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima akan digunakan untuk membiayai bantuan kemanusiaan bagi komuniti yang terjejas.

 
 

Kami berdiri bersama rakyat Palestin dalam perjuangan mereka dan akan terus menyokong usaha-usaha kemanusiaan dan keadilan. Melalui pelbagai program dan inisiatif kami, TV3 dan Tonton bertekad untuk menyebarkan mesej keamanan dan solidariti, sambil menggalakkan rakyat Malaysia untuk turut serta dalam usaha murni ini.

Siri jelajah Karnival Jom Heboh 2024 akan mengembara ke seluruh negara, membawa kegembiraan dan hiburan kepada semua.  Nantikan lokasi seterusnya, yang akan menghangatkan negeri Pulau Pinang! Layari laman sesawang www.jomheboh.com.my dan ikuti laman sosial rasmi di Facebook dan Instagram di @jomhebohofficial untuk ketahui informasi terkini. Sebarkan keseronokan anda sekeluarga dengan menggunakan tanda pagar #TV3SentiasaBersamamu #KarnivalJomHeboh #InspirasiGenerasi. 

Post a Comment

0 Comments