Ticker

6/recent/ticker-posts

Tonton & Menang dalam Filem Sumpahan Syaitan

5 hari sudah berlalu. Admin baru sahaja selesai menonton sebuah lagi filem Melayu yang bakal ditayangkan buat anda semua tidak lama lagi. Kali ni, Admin telah berpeluang menonton filem "Sumpahan Syaitan", sebuah filem seram komedi arahan Roy Krishna, terbitan D-Bay Film Factory & Redfiress Film Production. 


Filem
Sumpahan Syaitan

Pengarah
Roy Krishna

Genre
Seram Komedi

Pelakon
Farid Kamil, Dato' AC Mizal, Dato' Jalaludin Hassan, Nynaa Harizal, Saiful Apek, Azlee Senario, Pak Ya Sepahtu, Yassin Senario, Epy Kodiang, Syaiful Zero, Amai Kamaruddin, Arin Raja Lawak, Adam Shahz, Azlan Komeng, Kenji Sawahii, Lala & ramai lagi.

Penerbit
D-Bay Film Factory & Redfiress Film Production

Tarikh Tayangan
02 Mac 2023 (Malaysia, Brunei & Singapura)


Sinopsis Filem Sumpahan Syaitan

Filem ini mengisahkan tentang Sam yang diperdaya untuk membuat pelaburan MLM yang dikendalikan oleh Ray. Sam terpaksa meminjam wang dengan seorang peminjam wang yang ganas iaitu Branco. Selepas menyedari beliau telah ditipu dari pelaburan MLM, Sam membawa keluarganya berjumpa Malik bagi melarikan diri dari Branco. Malik mengarahkan Sam dan keluarganya pergi ke sebuah hotel lama yang baru dibelinya untuk menyembunyikan diri dan seterusnya menguruskan operasi di hotel tersebut.

Namun malangnya nasib Sam bilamana hotel itu sudah mula beroperasi, pelbagai kejadian aneh berlaku di hotel tersebut. Rupa-rupanya hotel itu telah disumpah oleh syaitan yang pernah dipuja pada suatu ketika dulu.

Apakah yang akan terjadi kepada Sam dan keluarganya? Adakah Branco berjaya mendapatkan kembali wangnya?

Di sebalik kisah seram, akan ada juga kisah komedi yang perlu anda saksikan. 

Jangan lupa saksikan filem ini di pawagam seluruh negara termasuk Brunei dan Singapura pada 02 Mac 2023 ini.


Contest Tonton & Menang


Wow!!! Wow!!! Wow!!!

Hanya dengan menonton filem "Sumpahan Syaitan", anda berpeluang membawa pulang sebuah motorsikal! Bestnyeerrrr.... 

Terdapat 5 buah motor untuk diberikan kepada penonton bertuah!

Tunggu apa lagi??? Jom lah beramai-ramai saksikan filem "Sumpahan Syaitan" di pawagam berdekatan anda bermula 02.03.2023 ni!!!

Jangan risau lahhh... Hadiah-hadiah ini semuanya tiada "Sumpahan Syaitan" ye...

So...Nak tahu lagi berkenaan peraduan, anda boleh scan QR Code tertera atau layari laman web www.sumpahansyaitan.com

Jangan lupa juga untuk sertakan tiket wayang anda semasa mengisi borang peraduan.


Berapa bintang nak bagi?

3.5 / 5 Bintang

Post a Comment

0 Comments