Ticker

6/recent/ticker-posts

Dua Lagenda Hebat, Datuk M.Nasir dan Datuk Hattan Berkongsi Pentas Dalam Konsert 'Sifu & Aku 38'


Siapa tidak kenal dengan dua lagenda ini? Dua pesohor, dua seniman, dua sinergi akan berkongsi pentas buat peminat di dua lokasi di Sarawak dan Sabah.

Konsert di Sarawak dan Sabah itu akan menampilkan dua figura hebat, Datuk M.Nasir dan Datuk Hattan menerusi satu pentas yang digelar 'Sifu & Aku 38'.

Konsert 'Sifu & Aku 38' bakal berlangsung buat julung kalinya di dua lokasi berbeza dengan dua tarikh berbeza pasti dapat menghiburkan para peminatnya di luar Semenanjung. Berikut adalah butiran mengenai konsert yang akan diadakan:

  • Borneo Convention Centre Kuching (BCKK) - 25 Mei 2023
  • International Convention Centre - 1 Jun 2023

Sang Sifu (M.Nasir) dan si pemilik Aku (Hattan) sudah pun bersedia dengan peluru-peluru terhebat yang dimilikinya sepanjang tiga dekad dalam karier seni ini. Kita pun sudah sedia maklum dengan lagu-lagu mereka yang menggamit memori masih segar menjadi siulan masyarakat dan generasi muda kini. Antara lagu Datuk M.Nasir ialah Sahabat Gua, Mentera Semerah Padi, Hati Emas, Bonda, Tanya Sama Itu Hud Hud dan banyak lagi. 

Tidak kurang juga hebatnya Datuk Hattan dengan lagu-lagunya seperti Memburu Rindu, Mahligai Syahdu, Rendang Tak Berbuah dan banyak lagi.


Kedua-dua figura, Datuk M.Nasir dan Datuk Hattan mempunyai aura yang sangat kuat dan mampu membuatkan penonton yang hadir kelak turut sama-sama merasai aura yang sama. Justeru, pihak penganjur berjanji akan menyajikan Konsert 'Sifu & Aku 38' berbaloi dengan penantian peminat dan aura yang dipancarkan M.Nasir dan Hattan sendiri.

 

Untuk menyaksikan Konsert 'Sifu & Aku 38', anda boleh dapatkan tiket dengan harga serendah RM188 (Cat 5), RM288 (Cat 4), RM388 (Cat 3), RM488 (Cat 2) dan RM1,000 (Cat 1) menerusi laman web www.myticket.asia atau hubungi talian +603 8605 0195 atau dapatkan maklumat di Hotline +6012 649 7240.

Jadi, Apa tunggu lagi? Jom beli sekarang kerana konsert sehebat ini hanya berlangsung satu malam!

Post a Comment

0 Comments