Ticker

6/recent/ticker-posts

5 Hal Yang Peminat Tak Tahu Siapa Dee Dee Mahmood

Dee Dee Mahmood merupakan seorang Pakar Fisiologi Senaman Selebriti dan Pakar Nutrisi yang telah meraih banyak anugerah antarabangsa. Kepakaran dan pengalaman beliau ini telah menjadikan beliau Pakar Perunding dan pensyarah di beberapa buah universiti seperti di Universiti Malaya, International Sports Academy, United States Sports Academy, American Council on Exercise dan Singapore Sports Council.


Seperti yang dimaklumkan, beliau kini merupakan Akademik Adjunct (Kolaborasi Internasional) dengan Edith Cowan University, Australia dan sedang gigih membuat kajian saintifik mengenai kecergasan dan kesihatan.

Baru-baru ini, beliau menjadi ikon Kesihatan dan Kecergasan Asia dan seterusnya dilantik menjadi Panel Penasihat bagi Asia Beauty & Wellness Award 2017. Kemudiannya, Dee Dee dilantik pula menjadi Duta Internasional bagi Norwegian Seafood Council, Norway dan Official Reebok Fitness Ambassador bagi Singapura dan Malaysia. Selain itu, beliau juga dilantik sebagai Duta Blue Cap Movement Malaysia untuk kesedaran prostate dan Duta Yayasan Jantung Singapura.


Lebih menarik lagi, gambar beliau pernah menjadi hiasan kapal terbang Jetstar Asia apabila beliau telah diberi Anugerah Celebrate the Hero Award oleh Jetstar Asia. Nampaknya Dee Dee Mahmood semakin dikenali dengan penganugerahan yang beliau kecapi dan juga berjaya memberi bantuan kepada semua golongan yang memerlukan dalam bidang kesihatan dan pemakanan seimbang. Beliau juga telah dinobatkan dengan anugerah U.M. Cares Award dari Universiti Malaya, Anugerah Emas - Singapore Sporting Inspiration Award dan Duta Gaya Hidup Sihat.


Dee Dee Mahmood merupakan lepasan ijazah dan pasca siswazah dalam jurusan Sains Kesukanan, Sains Senaman dan Pengurusan Sukan di Edith Cowan University, Australia dan Nanyang Technological University di Singapura. Beliau juga merupakan penerima biasiswa Golden Key International Honor Society. Beliau gigih pula membuat kajian PhDnya di Universiti Malaya dan disokong oleh Universiti Kebangsaan Singapura dan telah terpilih untuk pembentangan di President's Cup Award di Washington pada tahun 2016. 


Cerita Dee Dee Gemuk

Dee Dee Mahmood punya alasan tersendiri , kenapa beliau bergiat aktif dalam kecantikan dan kesihatan tubuh badan. Suatu ketika dahulu, beliau pernah memiliki berat badan sebanyak 95kg dan seringkali merendah diri dan kurang berkeyakinan. Beliau pernah mengalami kemurungan dan masuk wad kerana penyakit gastrik dan luka di bahagian perut akibat mengamalkan diet yang tidak betul. Saat itu juga, beliau menjalani pembedahan lutut yang telah rosak kerana berat badan berlebihan dan mengalami penyakit bullimea iaitu memuntahkan kembali makanan yang telah dimakan. 


Kesan daripada itu, beliau nekad untuk belajar mengenai diet pemakanan seimbang dan cara-cara menjaga kesihatan dengan betul. Terkini, beliau sudah memiliki berat badan yang ideal iaitu sebanyak 49kg. Kehilangan berat badan sehingga 46kg itu membuatkan Dee Dee semakin bergiat aktif dalam mempromosi kesihatan di Malaysia dan Singapura kepada semua lapisan masyarakat.


Dee Dee Mahmood juga ada menyediakan Program Signature Fat2Fit Asia yang bermula dari Fat2Fit RTM pada 2013, Fat2Fit Universiti Malaya pada 2014 - 2016 dan Fat2Fit Singapura pada 2013 sehingga kini peserta-peserta beliau telah berjaya menurunkan berat 25kg dalam 3 bulan secara sihat dan mereka makan sebanyak 5 kali sehari!

Murfest 2017 yang akan diadakan pada 3 -5 November 2017 di Le Meridien Putrajaya juga akan menampilkan Dee Dee Mahmood.

Program Walking Footbaal for Health Asia telah dilancarkan di Malaysia pada April 2017 dan akan dilancarkan di Singapura pada 26 November 2017 ini! 

Jadi, untuk tidak ketinggalan menyaksikan aksi-aksi dan tips-tips hebat dari Pakar Fisiologi ini, elok benarlah anda menempah tarikh yang dinyatakan di atas dengan segera!

Post a Comment

8 Comments

  1. Suka sangat tengok dee dee cute je. Orangnya kecik molek je. Teringin la nk kecik molek macam dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang comel... Jom amalkan diet seimbang yang disarankan agar kita juga kelihatan comel spt Dee Dee.

      Delete
  2. Semangat Dee Dee ni yg perlu Ada pd setiap wanita..cantik,sihat & bijak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah!!! You are right... Jom3x sama2 mengorak langkah seiring dari semangat Dee Dee ni..

      Delete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)