Ticker

6/recent/ticker-posts

Review Filem Chasing The Dragon: 'Rugi Tak Tengok'

Pada 27 September telah berlangsungnya Tayangan Perdana secara Eksklusif filem aksi Chasing The Dragon di GSC Pavilion di mana team Propa Rangers turut hadir menyaksikan filem ini. Terima kasih kepada #buzzingmalaysia di atas peluang yang diberikan dengan memberi pass masuk secara eksklusif untuk filem ini. 


Chasing The Dragon merupakan filem Cantonese bergenre filem aksi dan komedi yang diarahkan oleh Wong Jing dan dibantu oleh Jason Kwan. Ia berkisahkan beberapa kumpulan kongsi gelap yang merebut kawasan di Hong Kong sekitar tahun 60-an. Dalam masa yang sama itu, pihak polis Hong Kong bekerjasama dengan para triad di bawah penjajahan British untuk mengurangkan gejala rasuah yang sememangnya berleluasa ketika itu.

Ketua Detektif Lee Rock (Andy Lau) sangat menghargai kemahiran dan keberanian Ho, sehingga beliau sendiri telah membantu Ho melarikan diri dari penyiksaan lanjut oleh Polis Inggeris. Ho sangat bersyukur kepada Rock atas bantuannya. Telah berlaku satu pergaduhan untuk menyelamatkan Rock, Ho telah mengorbankan diri dan kaki kanannya telah lumpuh. Kedua-duanya sejak itu telah mengembangkan rasa kecintaan persaudaraan yang amat erat. Dan Rock sekali lagi telah membantu Ho menjadi ketua mafia nombor 1 di kawasan itu. Rock dan Ho menjadi sangat berkuasa dan secara berasingan telah memerintah dunia Hong Kong.


Walau bagaimanapun, pada masa yang sama, mereka telah diperiksa dan terpaksa bergelut dengan satu rahsia bagi memastikan kesimbangan kuasa di antara mereka. Sehingga tahun 1974, telah tertubuh satu pasukan ICAC yang mana telah memaksa Rock untuk bersara awal. Ho tidak mahu berhenti dan bertekad untuk menjadi diktator tunggal sebuah kerajaan mafia.


Trailer Filem Chasing The Dragon


Jadi, jika korang mahu tahu kesudahannya, jangan lupa beramai-ramai ke panggung wayang berdekatan untuk saksikan filem yang penuh aksi tegas dan juga komedi. Memang sangat rugi kalau korang semua lepaskan peluang dari menonton cerita ini. Kami, Propa Rangers telah 2 kali menonton cerita yang tidak membosankan ini. 

Post a Comment

0 Comments