Ticker

6/recent/ticker-posts

Fizi Ali & Shakilla Khoriri Sah Bergelar Suami Isteri


Penyampai radio Suria fm, Fizi Ali telah selamat bernikah dengan pasangannya, Shakilla Khoriri di Dewan Chersonese Media Hall, Maju Junction Mall pada jam 10.37 pagi semalam bersamaan 18 Februari 2018.

Pasangan tersebut telah dinikahkan sendiri oleh bapa Shakilla, Khoriri Markon dengan mas kahwin sebanyak RM300 di hadapan lebih kurang 200 orang tetamu yang hadir terdiri daripada ahli keluarga dan teman rapat.
“Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kebahagiaan kami,” kata Fizi.




Fizi Ali berumur 29 tahun telah menyerahkan 5 dulang hantaran dan dibalas 7 dulang oleh pihak pengantin perempuan. 

Turut diadakan majlis resepsi kedua mempelai ini pada hari yang sama di lokasi yang sama. Majlis resepsi yang sederhana tetapi cukup meriah dengan dihadiri kenalan artis-artis tempatan dan tidak dilupakan juga keluarga tercinta. 

Fizi dan Shakilla, 29, berkenalan ketika sama-sama menjalani penggambaran telefilem Tuty Polkadot sekitar tahun 2012 dan telah mengikat tali pertunangan pada 18 Julai lalu setelah tiga tahun bercinta.





Photographer Propa Rangers | Yusri Ibrahim

Post a Comment

0 Comments