Ticker

6/recent/ticker-posts

Tonton Filem Seram 3AM Part 3

Semalam bersamaan 19 Mac 2018, telah berlangsungnya tayangan perdana filem seram 3AM Part 3 di GSC Tropicana City Mall, Subang Jaya. Kami dari Propa Rangers telah turut serta kerana berjaya memenangi tiket tayangan perdana dari blog media hiburan, hangat.com untuk merasai detik seram malam itu.

Sumber Gambar: hangat.com
Pernah tak anda mengalami detik seram jam 3 pagi? Jika ya, anda mungkin senasib dengan mereka yang mengalaminya dalam filem seram 3AM Part 3 ini yang sudah pun kembali menghantui anda.

Sinopsis Filem 3AM Part 3

Merupakan sebuah filem ketiga "3AM" antologi seram Thai terbitan Five Star Production yang suka mencari kisah-kisah seram di tengah malam yang mengerikan untuk menakutkan malam-malam anda. Filem seram Thai ini juga terdiri daripada tiga filem pendek dengan tema yang berbeza disatukan dengan motif sama iaitu berlaku sekitar jam 3 pagi.

Filem 3AM Part 3 ini bakal menggemparkan pawagam berdekatan anda dengan menceritakan 3 kisah seram "Expressway", "One Night Stand" dan "TV Direct" dalam satu filem yang berdurasi lebih dari 90 minit. Filem yang bakal menceritakan tentang hantu, semangat roh jahat serta 'mereka' yang tidak diundang hadir pada jam 3 pagi dengan suasana yang sangat menyeramkan.

Movie Info:

Bahasa: Thailand
Sarikata: Inggeris / Melayu / China
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 22 Mac 2018
Genre: Seram
Durasi: 1 Jam 41 Minit
Pengedar: GSC Movies
Pelakon: Passornkorn Chirathivat, Nachjaree Horvejkul, Cheranut Yusanonda, Worakarn Rojanawat, Numchok Thanatram, Natee Ekwijit
Pengarah: Pawat Panangkasiri, Ping Thammanoon, James Thanadol, Nitiwat Cholwanichsiri
Format: 2D

Sumber Gambar: hangat.com
Sumber Gambar: hangat.com

Trailer Filem 3AM Part 3

 
Sumber Gambar: Youtube

Review

Filem kali ini lebih seram dan ganas! Banyak adegan terkejut yang mana membuatkan kami lebih menutup mata dan telinga ketika menonton filem ini. Filem "3AM Part 3" ini rasa lebih seram dan banyak adegan yang mengejutkan. Perjalanan penceritaannya juga menarik dan tidaklah membosankan. Memang rasanya peminat filem seram pasti tidak sabar untuk menontonnya.

Keseluruhannya, Team Propa Rangers rasakan filem ini sangat menarik untuk ditonton. Sama-sama lah untuk menggegarkan panggung wayang berdekatan anda pada 22 Mac 2018 ini.

Tahniah Zayani dan Faiz kerana berjaya memenangi tiket tayangan perdana filem seram 3AM Part 3.


#tiketwayanghangat #3AM #PropaRangers #FilemSeram #filem

Post a Comment

4 Comments

  1. Nasib x bagi nama..memang x tido malam la akak kalau tengok...seram mak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... seram ye kak... Takpe kak.. dalam filem je tuh... Nanti gi tengok kat pawagam ye..Hehe..

      Delete
  2. Perghh seram plak tgk hantu dia. Kalau ana mau nyorok belakang bantal bila tgk movie seram ni. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...Ape pun tak boleh Ana ni ye... Ape-ape pun thanks visit our blog

      Delete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)