Ticker

6/recent/ticker-posts

Program FIT HASiL 2018

Tahun 2018, genaplah usia LHDNM 22 tahun iaitu peralihan status LHDNM dari sebuah jabatan kepada sebuah badan berkanun pada 01 Mac 1996. Terlalu banyak kejayaan dan kecemerlangan yang dikecapi LHDNM dalam tempoh itu. Tidak kurang juga cabaran dan kekangan yang dilalui.

Justeru, bagi memastikan prestasi pengoperasiannya sentiasa berada di tahap optimum pada setiap masa, LHDNM telah menganjurkan Hari Hasil berserta Program Fit Hasil untuk kali ketiga sejak mula diperkenalkan pada tahun 2016. Program Fit Hasil ini menggalakkan amalam gaya hidup sihat, seperti yang diaspirasikan oleh kerajaan menerusi Kementerian Belia dan Sukan.


Program FIT HASiL 2018

Pada 24 Februari 2018 bertempat di Akademi Percukaian Malaysia (APM), Bangi telah berlangsungnya Program Fit Hasil 2018 yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang telah direncanakan dalam merancakkan lagi semangat menyambut Hari Hasil. Di samping aktiviti yang berfaedah untuk kesihatan, program ini turut menjadi medan interaksi untuk mengeratkan hubungan baik antara LHDNM dengan pelbagai pihak.

Pengisian Program Fit Hasil kali ini dilihat lebih menarik dengan aktiviti ‘Fiesta Fit Hasil’ yang mana pengunjung boleh turut serta atau menguji tahap kekuatan fizikal dan mental dalam ujian senamrobik pelbagai genre selama 90 minit. Selain itu, terdapat juga acara Street Games, Family Fun Walk, Amazing Taxplorace, Fun Ground, Berkuda, Memanah, Face Painting, Henna Painting dan permainan Sand Art bagi memastikan mereka dapat menimba pengalaman yang terbaik dalam mengisi waktu di cuti hujung minggu.





Turut disediakan food truck untuk para pengunjung membeli pelbagai juadah makanan dan minuman. Ini juga membuktikan LHDNM menyokong penuh pembangunan Industri Kecil dan Sederhana untuk lebih berkembang maju dalam perniagaan masing-masing.

Untuk tahun ini, kaunter informasi cukai turut dibuka bagi memberi peluang kepada pengunjung untuk mendapatkan khidmat nasihat percukaian secara terus dari pegawai LHDNM.



Lebih menghangatkan lagi keadaan pada ketika itu ialah penampilan khas para artis jemputan seperti Ippo Hafiz, Bell Ngasri, Ernie Zakri dan Joey sebagai tarikan pengunjung yang semestinya akan memeriahkan program itu. Program Fit Hasil juga turut ke udarakan melalui Radio Hot FM yang dikendalikan oleh HOT FM Zoomers.





Untuk maklumat lanjut, boleh layari 

Laman Web Hasil

Facebook

Instagram 

Post a Comment

2 Comments

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)