Setelah digemparkan berita kelahiran anak sulung penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza pada tiga hari yang lalu, kini beliau telah memuat naik gambar anak perempuannya yang juga diberi gelaran Fatimah Az-Zahra di laman sosial instagram sebentar tadi.
Pada gambar tersebut juga, Siti, 39 yang turut mewakili suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, 59 bersama puteri sulungnya merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.
Instagram @CTDK |
"Saya bersama suami serta anakanda kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengucapkan tahniah dan mendoakan kami dari mana sahaja anda berada, Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan lain-lain."
"Kepada rakan-rakan artis saya juga, terima kasih di atas ucapan dan ingatan kalian. Alhamdulillah, saya dan anakanda dalam keadaan baik, pihak doktor dan jururawat menjaga kami dengan baik."
"Terima kasih juga kepada semua pihak yang mengirimkan hadiah sehingga ke hari ini. Buat masa ini saya hanya dinasihatkan untuk berehat oleh doktor."
Perkongsian yang dimuatnaik oleh Siti itu menerima 349, 641 'likes' daripada pengikutnya dan juga netizen.
Datuk Seri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi seberat 3.55 kg secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di ibu negara pada jam 8.17 pagi Isnin yang lalu.
Tahniah diucapkan kepada Siti Nurhaliza dan Datuk K.
0 Comments