Ticker

6/recent/ticker-posts

KWSP: Suri Rumah Bermadu Mungkin Layak


Isu KWSP buat suri rumah masih hangat lagi diperkatakan. Untuk kali ini, kepada isteri kedua, ketiga dan keempat yang juga menjadi suri rumah berkemungkinan layak menerima caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang sudahpun dicadangkan melibatkan dua peratus daripada gaji suami.

Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, perkara ini akan diperincikan lagi dengan lebih teliti menerusi mesyuarat dengan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan pada pukul 3.00 petang Khamis ini.
“Kita tiada perincian terhadap suami berkahwin dua, tiga dan em­pat. Itu lainlah ceritanya sebab tujuan utama (pemotongan) adalah mengiktiraf isteri.
Memang isteri-isteri itu kalau ikut hukum mereka juga isteri. Ki­ta akan tengok perincian lebih baik mengenai hal itu,” katanya dalam sidang akhbar selepas Prog­ram Lawatan Turun Padang ke Rumah Ehsan Warga Emas Kuala Kubu Bharu di sini hari ini.
Turut hadir sama ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat, Datuk Suriani Ahmad dan Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Mohd. Fazari Mohd, Salleh. 

Sementelah itu, Wan Azizah yang juga merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, caruman KWSP untuk golongan suri rumah melibatkan dua peratus gaji suami tidak membabitkan caruman tambahan.

Kata beliau lagi, potongan dua peratus daripada 11 peratus caruman KWSP suami itu kekal seperti yang dicadangkan sebelum ini. 

Pada 24 Mei lalu, Wan Azizah yang pada ketika itu melaporkan diri pada hari pertama di kementerian pembangunan wanita menjelaskan yang kadar caruman KWSP untuk suri rumah yang telah dicadangkan adalah melibatkan dua peratus gaji suami dan RM50 dana kerajaan.

Dalam perkembangan lain, beliau turut berkata, kementerian akan mengkaji semula mengenai peruntukan Bantuan Orang Tua dan penjaga pesakit warga emas selaras dengan bajet negara.

Sumber: Utusan Online

Post a Comment

0 Comments