Ticker

6/recent/ticker-posts

Kreatif Shuhaida Kabdy Tambat Hati Keluarga Dengan Pelbagai Masakan


Mungkin ramai yang belum mengenali blogger Shuhaida Kabdy, iaitu pemilik blog http://www.shuhaidakabdy.com/.

Bagi Team Propa Rangers, beliau merupakan blogger yang cukup baik dan berpengaruh dalam penulisan berkaitan keibubapaan (Parenting) dan juga resepi masakan. Terdapat banyak artikel di blog beliau berkaitan resepi mendapat respon dan perkongsian yang sangat menggalakkan.

Buktinya...

Salah satu projek yang beliau terima adalah Masak-Masak Bersama AMC dan Chef Zamir. Jadinya, ibu-ibu diluar sana yang mungkin kebuntuan mencari resepi masakan buat keluarga tersayang, jangan malu jangan segan untuk mencari ilham di blog Shuhaida Kabdy.

Memang terbukti resepi-resepi yang disediakan kesemuanya sedap. Resepi masakan yang disediakan beliau ini merupakan hidangan makanan buat keluarga tercinta untuk kehidupan seharian.

 
Walau bagaimanapun, beliau seorang yang sangat merendah diri dengan kebolehan yang beliau ada. Beliau sendiri malu-malu kucing kalau Team Propa Rangers mengusik dengan panggilan Chef Kak Sue. Kalau diikutkan hati, beliau sebenarnya tidak mahu dedahkan kebolehan diri di laman sosial ni. 

Tetapi, memandangkan pepatah ada mengatakan "Jangan Kedekut Ilmu", jadi beliau kongsikan perkongsian beliau melalui blog peribadi beliau itu.

Akhirnya, alhamdulillah... Propa Rangers dapat juga bertemu dengan blogger hebat Shuhaida Kabdy dan seronok membaca koleksi-koleksi resepi masakannya.  

Post a Comment

2 Comments

  1. Kak su memang hebat dalam masakan. Setiap hari ada je resepi yang dia masak. Tk kira lah simple atau pun byk memang semua nampak sedap. Ingat suatu hari nk je jalan2 rumah kak su nk rasa masakan dia.

    ReplyDelete
  2. Kak su dan bab memasak tak boleh dipisahkan. Lagi2 laksa batu kurau tu. Hangat diperkatakan. Ana pun x sabar nak rasa nanti.

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)