Ticker

6/recent/ticker-posts

Warna-Warni Ramadhan Bersama Anak-Anak Yatim di PICC, Putrajaya

Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sekali lagi meneruskan tradisinya pada tahun ini dengan pelbagai aktiviti amal bagi mengimarahkan bulan yang mulia dan penuh barakah melalui program berbuka puasa PICC bersama anak-anak yatim di Restoran Pot & Pan.


Progran ini dianjurkan oleh pihak pengurusan PICC, Convention & Exhibition (Putrajaya) Sdn Bhd (Co-X) dengan kerjasama pihak media sekitar Putrajaya untuk 100 orang anak yatim daripada 3 buah rumah anak yatim; Rumah Amal Suci Rohani di Bandar Utama, Rumah Kasih Sayang di Subang Murni dan Sekolah Kebangsaan Seri Cheras di Cheras. Kebanyakan dari anak-anak yatim yang kurang berkemampuan ini berumur sekitar 4 hingga 12 tahun.


Program ini dianjurkan bagi berkongsi erti keriangan Ramadhan dengan anak-anak yatim ini. Mereka disajikan dengan hidangan-hidangan istimewa seperti Kambing Bakaq Golek, Kuey Teow Tomya, Laksa Thai, Pulut Mangga, Som Tam, Laksa Kedah Ikan Sekoq, Ayam Percik Golek, pelbagai jenis Sup Power, Kuih Keria PICC, Nasi Arab Khabsa dan Mandy. Selain itu, mereka juga berpeluang melihat demonstrasi memasak secara langsung oleh barisan chef-chef berpengalaman.

Dalam ketika itu juga, anak-anak yatim ini telah menerima sumbangan duit raya serta cenderahati setiap seorang. 



Turut hadir di majlis iftar adalah Presiden Perbadanan Putrajaya merangkap Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Co-X dan Putrajaya Leisures and Services Group Sdn Bhd (PULSE Group), Datuk Seri Haji Hasim Haji Ismail, ahli-ahli Lembaga Pengarah Co-X serta pihak pengurusan kanan PICC.




 

Official Photographer: Faizol Hafizi (Otomen Taro)

Post a Comment

0 Comments