Ticker

6/recent/ticker-posts

Jenama Kecantikan Nombor Satu Korea Kini Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)


Innisfree, jenama kecantikan terkenal Korea, semalam (28 Jun 2018) telah membuka pintunya di KLIA dan menjadikan ia adalah kedai bebas cukai pertama bagi jenama itu di Malaysia. Turut dikenali sebagai produk kecantikan semulajadi dan penjagaan kulit kegemaran Asia, cawangan innisfree KLIA ditubuhkan oleh Amorepacific Global Travel Retail dengan kerjasama Dimensi Eksklusif  (M) Sdn Bhd.


Dalam bahasa Korea, Innisfree bermaksud "Pulau Asli" yang mana ia memberi makna kepada mewujudkan kecantikan yang sihat bagi badan dan minda dengan bahan-bahan asli / semulajadi yang diperoleh daripada pulau bersih Jeju, Korea.

Jeju merupakan sebuah pulau gunung berapi yang terletak di luar pantai selatan Semenanjung Korea. Ia dianggap sebagai salah satu lokasi yang paling menakjubkan untuk dilawati di Korea kerana udaranya yang segar, cahaya matahari yang hangat, tanahnya yang subur dan airnya yang tulen. 
Naib Presiden kanan Amorepacific Global Travel Retail, David Park berkata; "innisfree adalah salah satu jenama yang paling pesat berkembang di Amorepacific Group dan merupakan jenama kecantikan semula jadi nombor satu Korea".
"Selain daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Changi Singapura dan Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong, KLIA merupakan kedai lapangan terbang innisfree terbaru kami di luar Korea. Kami menantikan kejayaan besar jenama kami di lapangan terbang yang hebat ini,” katanya pada pembukaan rasmi kedai innisfree di KLIA. 
Pengarah urusan Dimensi Eksklusif, Tan Sri Zainul Azman berkata: "Dimensi adalah peruncit pelancongan minyak wangi dan kosmetik terkemuka di KLIA. Kami berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam kalangan pemain global dan sentiasa mencari-cari jenama yang sedang trending. Dimensi amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Amorepacific dalam mempopularkan jenama utama Korea untuk KLIA. Amorepacific adalah syarikat kosmetik terbesar di Korea dan kosmetik innisfree merupakan jenama yang sangat popular dan mempunyai banyak kedai tersendiri.
Pengurus besar kanan untuk perkhidmatan komersil Malaysia Airports, Nazli Aziz, berkata jualan minyak wangi dan kosmetik dijangka terus berkembang berikutan peningkatan pilihan jenama produk yang terdapat di KLIA dan peningkatan yang dijangka dalam ketibaan penumpang, terutamanya dari China.
"Pada suku pertama tahun ini, jualan produk di bawah kategori minyak wangi dan kosmetik meningkat sebanyak 29 peratus berbanding angka yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lepas," katanya.


Tambah beliau kehadiran innisfree di KLIA menyediakan pengunjung dengan kemudahan membeli-belah barangan kecantikan dan keperluan dandanan peribadi mereka terutama kepada pengguna setia produk berjenama seperti innisfree.
"Kami mengalu-alukan innisfree ke KLIA dengan harapan untuk menawarkan lebih banyak lagi jenama terkenal di dunia kepada pengunjung. Strategi kami untuk bekerjasama dengan jenama terkenal seperti innisfree adalah sebahagian daripada inisiatif berterusan dalam meningkatkan pengalaman pengunjung di lapangan terbang kami.
"Kami berharap kesemua aktiviti dan kempen yang telah dilaksanakan dan yang direncanakan akan mewujudkan suasa ‘sense of place’, menjadikan KLIA tempat yang ideal dan menyeronokkan untuk berbelanja," katanya.
Nazli juga berkata bahawa innisfree dan beberapa jenama global yang lain dijangka akan terus menarik minat pelancong untuk membeli-belah dalam beberapa minggu akan datang, lebih-lebih lagi apabila Kempen Berbelanja Lapangan Terbang Malaysia yang sentiasa popular pada setiap tahun dijangka bermula pada bulan Julai ini.


Ikuti maklumat selanjutnya di 

Twitter | @MY_Airports
Facebook | @Malaysia Airports
Instagram | @MalaysiaAirports

Post a Comment

0 Comments