Ticker

6/recent/ticker-posts

Santai Bersama Aiman Tino Di BBQ Lamb KL Kemensah


Lokasi menarik yang Team Propa Rangers akan bawa anda semua nikmati hidangan lazat dalam sungai dan sungguh mempesonakan adalah di BBQ Lamb KL Kemensah yang terletak di belakang Zoo Negara. Sepanjang perjalanan ke BBQ Lamb KL Kemensah ini, anda turut disajikan dengan suasana kampung yang mendamaikan di situ. Anda juga akan terpesona dengan keindahan alam semulajadi yang masih boleh didapati di bandar metropolitan ini. Memang best dan awesome untuk santai bersama keluarga di hujung minggu di sini.


Menariknya pada hujung minggu kali ini (15 Julai 2018), Team Propa Rangers telah berkesempatan menjamu selera makan tengah hari dalam sungai yang jernih bersama penyanyi muda Aiman Tino dan keluarganya. Santai dan beramah mesra sambil menikmati kelazatan hidangan makanan yang ada di situ. Memang terbaik sangat!

Suasana yang cukup mendamaikan dengan deruan air sungai yang mengalir ketika anda sedang menikmati makanan ditambah kaki turut direndam dalam sungai, menambahkan lagi rasa selera makan di sini. Seketika anda semua akan lari dari hiruk pikuk kotaraya dan menenangkan fikiran di sini bersama keluarga. Aiman turut merasai kedamaian berada di sini dan turut mengesyorkan untuk datang menikmati hidangan BBQ yang lazat bersama suasana yang tenang.

Antara hidangan yang popular yang anda boleh cuba di sini adalah Daging Itiknya yang juicy, Turkey yang sedap, ayam, daging lembu dan pelbagai lagi hidangan lain yang boleh dicuba di sini. 

Bukan setakat itu sahaja, bagi yang bawa anak-anak ke sini pasti lebih seronok kerana mereka boleh mandi-mandi di kolam renang yang disediakan. Memang lokasi yang unik dan terbaik untuk anda bawa keluarga menikmati hidangan makanan dan santai di sini.

Ramah Mesra Bersama Aiman Tino di BBQ Lamb KL Kemensah

Bagi yang ingin mencuba atau merasai keenakan makanan dan kedamaian lokasi ini, boleh terus datang ke sini dan rasai satu kelainan yang pasti buat anda tidak akan lupa lokasi BBQ Lamb KL Kemensah ini. Sambil-sambil makan, dapat juga nikmati alam semulajadi yang nyaman dan segar dengan deruan bunyi air sungai di situ.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi dan layari:-

BBQ LAMB KL KEMENSAH
Ulu Kelang, 68000 Ampang Jaya, Selangor

Telefon :
012 - 211 4100

Google Map :
https://www.facebook.com/Bbqlambklkemensah/

Waktu Operasi :
 Isnin hingga Jumaat
 6 petang hingga 11 malam

  
Sabtu & Ahad
 11 pagi hingga 4 petang & 6 petang hingga 11 malam
Official Photographer: Yusri Ibrahim & Otomen Taro

Post a Comment

2 Comments

  1. Wahh...best giler nti.my birthday nk buat kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaeekkk tuh MyFancyBlog... Jangan lupa ajak Team Propa Rangers ye

      Delete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)