Ticker

6/recent/ticker-posts

Aksi Dalam Filem L Storm Sentiasa Mendebarkan!

Assalamualaikum semua... Okay hari ni Team Propa Rangers nak berkongsi tentang ulasan terhadap filem yang telah kami tonton semalam di tayangan perdananya bertempat di GSC Pavilion, Kuala Lumpur. Filem yang didatangkan dari Hong Kong dan arahan David Lam bertajuk "L Storm" akan menggegarkan pawagam pada 23 Ogos 2018 ini. 


Sinopsis:-

Penyiasat ICAC, William Luk berdepan dengan waktu sukar. Bukan sahaja kes rasuah dan pengubahan wang haram yang disiasat olehnya dengan Ketua Inspektor JFIU, Lau Po-Keung tidak membuahkan sebarang hasil, model Eva Ng juga menuduhnya menerima wang rasuah berjumlah jutaan dan ini telah membawa kepada penggantungan kerjanya. Lau mendapat tahu yang Luk diperangkap dan cuba untuk membantu dan dia mendapati kes ini membabitkan pegawai atasan yang corrupt dan mempunyai kaitan dengan kes yang mereka sedang siasat. Luk perlu mempertaruhkan segala-galanya untuk membuktikan yang dia tidak bersalah dan membawa dalang di sebalik kes itu ke muka pengadilan.

Filem:
L Storm
Pengarah:
David Lam
Bahasa:
Kantonis
Sarikata:
Inggeris / Cina
Klasifikasi:
P13
Genre:
Aksi/Jenayah
Durasi:
1 Jam 37 Minit
Pelakon:
Louis Koo, Julian Cheung, Kevin Cheng, Stephy Tang
Penerbit:
Lotus Five Star
Format:
2D 


Ulasan:-

Filem L Storm sememangnya merupakan filem aksi/jenayah yang amat dikagumi dan dinanti-nantikan oleh peminat filem tanahair. Secara peribadi, Team Propa Rangers berpuas hati dengan cara produksi filem ini dilaksanakan kerana mereka bijak memilih adegan-adegan aksi yang mengejutkan penonton dan semakin tertanya-tanya apa yang bakal terjadi seterusnya dan tidak sabar untuk terus menonton sehingga akhir filem.


Seperti yang semua telah sedia maklum, jika sebelum ini anda pernah menonton trailernya di Youtube secara percuma, pasti anda sedar yang plot cerita ini sememangnya merupakan filem aksi ganas yang tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak berusia 13 tahun dan ke bawah. Oleh itu, perlu bimbingan para Ibu Bapa jika mereka ingin menontonnya kerana filem ini menjadi lebih hebat dan kuat dengan kelincahan dan penghayatan para pelakon dalam melakonkan aksi ganas dan ngeri mereka. Kesemua pelakon telah berjaya melakonkan watak mereka masing-masing dengan hebat sekali. Secara tidak langsung, kami berasa puas hati ketika menontonnya dan memahami setiap lakonan yang berfungsi dengan impak yang sangat berkesan.



Kesimpulannya, filem ini sangat hebat untuk ditonton oleh semua dan ia juga memberi iktibar kepada semua tentang keprihatinan dan tanggungjawab membantu pihak berkuasa menangani isu jenayah di negara sendiri. Kurangkan jenayah, banyakkan ukhuwah.

Jangan lupa untuk saksikan filem penuh hebat ini di pawagam berdekatan anda pada 23 Ogos 2018 bersamaan hari Khamis.

Post a Comment

0 Comments