Ticker

6/recent/ticker-posts

Showcase XPDC Metal Live & Un Metal


Siapa tidak kenal dengan kumpulan lagenda XPDC ini? Ia bukanlah nama asing dalam hiburan tanah air kerana mereka sudah hampir 30 tahun bertapak dalam industri ini sejak ditubuhkan pada 1988. XPDC dianggotai oleh Mael, Zuar, Amy dan Jeff.

Baru-baru ini, Team Propa Rangers dijemput menghadiri "Showcase XPDC Metal Live & Un Metal" yang bertempat di Rafflesia Ballroom, Restoran D'Saji Titiwangsa, Kuala Lumpur. Bercakap mengenai XPDC pada persembahan secara Live itu, ia bertujuan menghargai peminat tegar XPDC yang sentiasa menyokong mereka selama ini. 


Di samping itu, showcase ini merupakan pra-ulang tahun XPDC dan ia merupakan tarikan awal buat peminat yang mana pada 2 Mac 2019, XPDC akan mengadakan konsert berskala besar sempena 30 tahun di Tapak Ekspo, Seberang Jaya, Pulau Pinang. Dalam konsert itu, turut menampilkan kumpulan Kristal sebagai artis pembukaan.


Dalam showcase yang berlangsung Sabtu lalu, kami berasa teruja dengan nyanyian XPDC yang begitu mantap dalam melakukan persembahan dua segmen, Metal dan Un Metal. Sebelum XPDC menghangatkan pentas, sebuah band yang diberi nama Jambu tampil memainkan lagu-lagu kumpulan XPDC di awal pembukaan persembahan.

Ternyata peminat cukup bersemangat dan merindui nyanyian lagu dari kumpulan XPDC. Di segmen pertama, XPDC memainkan muzik un-metal yang mana muzik gitar elektrik tanpa distortion atau unplugged. Manakala pada segmen kedua, XPDC menampilkan segmen berentak muzik heavy dan metal 60-an.




Showcase ini telah berlangsung lebih kurang 2 jam dan menyaksikan keseronokan peminat apabila dapat bertemu idola mereka secara langsung. 


Kepada semua peminat tegar XPDC dan warga Utara, kemunculan kumpulan XPDC bakal menghangatkan lagi suasana di Tapak Ekspo Seberang Jaya, Pulau Pinang pada 2 Mac 2019. Tiket-tiket boleh didapati dengan harga RM50 menerusi Facebook, XPDC Kita Peng Yu (013-6897380) atau klik www.wasap.my/60136897380/XPDCKITAPENGYU (Nama, No IC, No HP, Jumlah Tiket).

Post a Comment

0 Comments