Ticker

6/recent/ticker-posts

Cita-Cita Tiga Sekawan Jadi Penyanyi Terkenal Dalam "Tiada Tajuk"

Selepas lima tahun telemovie arahan Asmawi Ani berjudul Rock Sangkut mendapat sambutan yang menggalakkan ketika ditayangkan di Astro pada tahun 2014, kini juara Akademi Fantasia 3 (AF 3) itu muncul dengan filem berjudul ‘Tiada Tajuk’ terbitan Mawi World Entertainment.

Mawi berkata, filem sulung arahannya itu merupakan kesinambungan dan diolah semula menerusi telemovie Rock Sangkut dengan turut mengekalkan teraju utamanya iaitu Hazama, Along Cham dan Joey Daud.
“Kalau diikutkan sudah lama sebenarnya saya mempunyai impian untuk menerbitkan filem sendiri iaitu kira-kira lima tahun yang lalu.
“Bagaimanapun, saya mahu kutip dulu pengalaman dengan menghasilkan beberapa buah drama dan telemovie sehinggalah saya mengambil keputusan mengarahkan filem pula,” ujarnya.

Selain mengekalkan ketiga-tiga pelakon tersebut sebagai teraju utama, Mawi sendiri turut berlakon dalam filem berkenaan dan bergadingan dengan Anas Tahir.



Antara lain-lain pelakon yang turut membintangi filem berkenaan antaranya seperti Ropie, Kamarul Hj Yusof, Amirah Othman dan Johan As’ari.

Untuk penggambaran pula, Mawi memberitahu ia berlangsung selama 30 hari di beberapa buah lokasi di Melaka, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.

Bercerita lebih lanjut tentang filem terbaharunya itu, dia sudah menentukan barisan pelakon yang akan membintangi filemnya itu.

“Sewaktu saya menghasilkan skrip untuk filem Tiada Tajuk ini, saya sudah mendapat bayangan tentang barisan pelakon.

“Alhamdulillah, hampir 90 peratus pelakon yang saya inginkan telah bersetuju untuk berlakon dalam filem arahan saya ini,” jelasnya.
Mengakui berhadapan dengan pelbagai cabaran sepanjang menghasilkan filem ini, juara AF 3 itu juga beranggapan ia sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran.
“Untuk filem sulung ini, saya tidak meletakkan harap yang terlalu tinggi, hanya sekadar berharap penonton suka dan menerima naskhah ini,” ujarnya.
TEASER FILEM TIADA TAJUK

Sinopsis Filem Tiada Tajuk

Tiada Tajuk mengisahkan mengenai tiga orang sahabat dari kampung, dianggap sebagai ‘kutu’ yang mana bercita-cita untuk menjadi artis terkenal.

Ternyata banyak dugaan yang mereka lalui sepanjang perjalanan mereka ini. Persoalannya. Adakah mereka berjaya, untuk menjadi artis terkenal? Dan apa yang mereka lalui bilamana mereka terkenal.

Filem sulung arahan Mawi dan terbitan Mawi World Entertainment ini bakal ditayangkan di pawagam pada 4 APRIL 2019.
Pengarah
Asmawi bin Ani (Mawi) 

Penerbit
Asmawi bin Ani, Nora’ Asikin bt Rahmat, Nora’Ain bt Rahmat

Poster
Kuku Besi

Muzik
Oja

Cerita/lakon layar
Mawi

Pengarah fotografi
Che Mie

Pengarah seni
John

Penyunting
Adam

Pembantu pengarah
Zali Salim Bachik

Pengurus Produksi
Mohd Nasir Ismail

Barisan Pelakon
HAZAMA            - Abadi
JOEY DAUD            - Rumi
ALONG CHAM            - Kuswadi
MAWI                - Suci
ANAS TAHIR            - Tohir
ROPIE                - Pak Imam
KAMARUL HJ YUSOF        - Ustaz Mut
ACEY                - Wak Calit
AMIRA OTHMAN        - Cahaya
Johan As’Ari            - Ustaz Halim
SOYA                - Tabib
DIN MAIDEEN            - Pak Mat Besi

"Contest" Tonton & Menang Filem Tiada Tajuk

 

JANGAN LUPA SAKSIKAN DI PAWAGAM BERDEKATAN ANDA PADA 4 APRIL 2019 DAN KONGSIKAN ARTIKEL INI UNTUK RAMAI-RAMAI SUPPORT FILEM TEMPATAN

Post a Comment

0 Comments