Ticker

6/recent/ticker-posts

Batam Trail Run 5KM Menyaksikan Panorama Indah Di Kepulauan Riau


Mengikuti cabaran larian "Trail Run" memang jauh berbeza sekali. Kemahiran juga diperlukan oleh para peserta untuk melalui laluan yang disediakan. Para peserta akan diberi banyak variasi dan risiko keselamatan. 

Team Propa Rangers berkesempatan menyertai satu program "Batam Trail Run 5KM" yang telah berlangsung pada 7 April 2019 di Sijori Resort & Spa Hotel, Sikupang, Batam, Indonesia.


Menariknya, peserta akan teruja dengan setiap laluan yang dilalui dengan berlatarbelakangkan suasana alam semulajadi berbanding larian di atas permukaan jalan raya.



Peserta turut merasai pengalaman menyusuri bukit-bukit, denai dan tanah yang tidak rata dan laluan yang sempit untuk menuju ke garisan penamat. Ia benar-benar menguji kemahiran fizikal dan mental peserta untuk meneruskan larian.



Batam Trail Run 5KM

Batam Trail Run ini dianjurkan dengan kerjasama Sijori Resort & Spa Hotel, Karang Tabung Kota Batam, Tebing Langit, Wonderful Riau Islands, Nestle, KPJ Puteri Johor Bahru dan Perbadanan Pelancongan Indonesia. Seramai lebih kurang 500 peserta dari pelbagai negara termasuk Indonesia, Malaysia, Singapura, Kenya dan lain-lain. Para peserta diberikan kit larian seperti baju, nombor giliran dan sarapan pagi sebelum memulakan larian.

Acara dimulakan dengan perasmian tepat jam 8.00 pagi dan para peserta sudah pun berkobar-kobar untuk memulakan cabaran tersebut.





Hari yang cukup meriah walaupun panas kerana para peserta disajikan dengan suasana alam semulajadi yang cukup mempesonakan. Larian ditamatkan dengan jayanya pada jam 10.30pagi waktu tempatan.


Tahniah diucapkan pada para pemenang dan Team Propa Rangers mengucapkan ribuan terima kasih kepada Bapak Edi Sustrisno dan seluruh warga Batam kerana memberi kami peluang merasai pengalaman menarik di sana. Segsla kenangan indah kami akan ingat sepanjang zaman. 

Post a Comment

2 Comments

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)