Ticker

6/recent/ticker-posts

Lampin Pakai Buang Bae Bae dan Tuala Wanita Flowra Pertama Diiktiraf HALAL oleh JAKIM


Pameran perdagangan halal terbesar di dunia, Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) 2019 yang dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), kini kembali dalam edisi ke-16 dan mengumpulkan sekumpulan perniagaan halal terbesar yang menyediakan lebih 1,000 gerai jualan dari 44 buah negara di Kuala Lumpur.

Menepati dengan konsep halalan toyyiban, sebuah syarikat melancarkan produk lampin bayi pakai buang berserta tuala wanita yang halal pertama di dunia dalam MIHAS 2019. Lampin bayi pakai buang jenama Bae Bae dan tuala wanita Flowra keluaran syarikat Bio Integrasi Global Sdn Bhd telah menerima status pengiktirafan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).


Pada majlis pelancaran tersebut, Pegawai Eksekutif Bio Integrasi Global Sdn Bhd, Datuk Paduka Shahrizal Sarip ada mengatakan yang dua produk ini menggunakan bahan yang disahkan halal dan selamat untuk digunakan. Ia membantu untuk  sistem dalaman bayi dan wanita yang perlu dijaga rapi agar tidak dijangkiti kuman.

Produk keluaran Bio Integrasi Global Sdn Bhd ini dihasilkan di China. Namun, dalam perbincangan syarikat ada menyatakan perancangan untuk membina kilang yang moden dan canggih di Malaysia. Pengiktirafan Halal daripada JAKIM diserahkan oleh Pengarah Sekretariat Majlis Halal Malaysia Jakim, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee pada majlis pelancaran tersebut di MIHAS 2019. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bio Integrasi Global Sdn Bhd, David Chen Kon Foon berkata, syarikat akan menyasarkan 5% pasaran dalam tempoh lima bulan. 


Selain itu, produk Bae Bae ini direka khas bagi membolehkan bayi atau kanak-kanak bergerak selesa termasuk bahagian pinggang yang lembut dan nipis. Ia juga turut dilengkapi dengan teknologi 3D di mana ia mampu menyerap lebih banyak cecair selain mengelak kebocoran. Tidak cukup itu sahaja, Bae Bae juga dilengkapi dengan pengesan untuk menunjukkan sama ada lampin sudah penuh dan perlu ditukar apabila ia bertukar warna hijau.

Sementara itu bagi produk tuala wanita Flowra pula, ia didatangkan khas dengan teknologi yang membolehkan penyerapan tanpa kebocoran selain mampu bertahan dalam masa yang lama. Ia juga lebih ringan berbanding jenama lain dan memberi keselesaan pada wanita sepanjang hari.
Produk lampin pakai buang Bae Bae dan tuala wanita Flowra ini dijual secara atas talian sahaja tetapi akan berada di pasaran luar di kedai-kedai fizikal dalam tempoh terdekat ini. Testimoni dari penggunaan produk ini, sebanyak 80% pengguna telah pun mencuba produk Bae Bae dan Flowra serta mendapat pujian yang tinggi terhadap produk tempatan ini.

Untuk kedua-dua produk itu, lampin pakai buang Bae Bae boleh didapati dengan harga RM45, manakala tuala wanita Flowra dijual pada harga RM4 sehingga RM7.

Post a Comment

0 Comments