Ticker

6/recent/ticker-posts

Tahniah! Shuk Juara Super Bintang Bersama Bintang 2019


Shuk Sahar atau lebih dikenali dengan Shuk, pengacara dan penyampai radio Hot FM dinobatkan sebagai Juara Pentas Akhir Super Bintang Bersama Bintang 2019 (Super BBB 2019) malam tadi di Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Kemenangan itu melayakkan Shuk atau nama penuhnya Mohammad Shukri Mohammed Sahar, 33 membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000.


Dalam acara kemuncak itu, Shuk berjaya mengetepikan empat lagi pesaingnya iaitu Achey, Chiwan, Mamak Puteh dan Sharif Zero. Persembahan turut diadili juri tetap, Saiful Apek dan Mark Adam yang mewakili 60 markah manakala 40 peratus lagi dari undian penonton menerusi laman sesawang, www.xtra.com.my/BBB2019.

Pentas Super BBB 2019 menyaksikan setiap peserta diberi cabaran untuk beraksi bersama selebriti pilihan masing-masing. Keserasian Shuk dan Jihan Muse ternyata berjaya menambat hati juri dan para penonton. 


Bijak memilih watak sebagai Ustaz Adam dan dibantu oleh Jihan Muse sebagai Nur serta selebriti tambahan, Azhan Rani selaku Ustaz Hamadi yang sering dikecam netizen, Shuk berjaya menjuarai Super BBB 2019.


Pada acara kemuncak itu, Achey bergandingan dengan teman baiknya, Black manakala Chiwan pula memilih sifunya, Afdlin Shauki. Sementara itu, Mamak Puteh bersama Fikry Ibrahim dan Sharif Zero beraksi dengan Heliza Helmi.

Achey yang diramalkan sebagai juara sebelum ini terpaksa akur dengan keputusan yang dibuat apabila tewas di tangan Shuk. Achey yang pernah memenangi juara mingguan sebanyak tiga kali membawa pulang RM30,000.


Pengacara bagi program ini dikendalikan oleh Elly Mazlein atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom. 



Tahniah diucapkan dari Team Propa Rangers kepada Shuk. Semoga rezeki semakin bertambah dengan kehadiran orang baru nanti ye.

Post a Comment

1 Comments

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)