Ticker

6/recent/ticker-posts

Jakel Membuka Jualan Atas Talian Di JakelStore.my

Seperti yang kita maklum, industri fesyen tanah air semakin berkembang pesat dan mendapat perhatian tinggi dalam kalangan masyarakat tempatan. Menjadi lumrah setiap insan ingin kelihatan menawan dalam setiap penggayaan terutama di musim perayaan. Di samping menitikberatkan soal kualiti, tawaran harga yang dipasarkan juga memainkan peranan penting. Melihatkan keadaan ekonomi yang kurang rancak, ramai di luar sana lebih bijak dengan memilih koleksi pakaian mampu milik tetapi mengekalkan elemen eksklusif.

Pusat gedung tekstil terkemuka, JAKEL turut mengambil inisiatif dengan berperanan sebagai "one stop centre" bagi memudahkan pelanggan mendapatkan pakaian raya berjenama pelbagai selebriti di bawah satu bumbung. Ini merupakan salah satu konsep berbelanja di Jakel yang ingin para pelanggan merasai sense of belonging ketika berbelanja di Jakel.


Menjelang Raya kali ini, Jakel menganjurkan kempen raya di Jakel Mall Kuala Lumpur. Jakel turut menampilkan koleksi pakaian Duta Raya tahun ini, antaranya Dato Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Scha Al Yahya, Awal Ashaari & Lara Alana (SchAawaLara), Ayda Jebat, keluarga popular Hanis Zalikha, Hairul Azreen & Yusof Iskandar serta penampilan baru, Abam Bochey. 

Pada majlis pelancaran tersebut, Jakel turut menjemput golongan asnaf dari Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia, Sungai Kantan Kajang dan juga golongan kelainan upaya (OKU) penglihatan. Ini adalah satu platform untuk Jakel mendekati golongan berkemampuan di samping meraikan raya mereka.


Datuk Hj Mohamed Faroz bin Mohamed Jakel, Pengarah Urusan Kumpulan Jakel turut hadir dalam majlis santai bersama Duta Raya dan pihak media seterusnya mempromosikan koleksi pakaian raya antara Duta Raya Jakel bersama pelanggan.


JAKELSTORE.MY

Buat julung kalinya juga, Jakel telah membuka jualan secara atas talian (online) yang mana mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan. Jakel telahpun mewujudkan platform atas talian perniagaan bagi memudahkan orang ramai mendapatkan produk pakaian Jakel di hujung jari. Jadi, dengan platform di hujung jari ini, semua pelanggan Jakel di serata negeri boleh mengambil peluang berbelanja tanpa sempadan. Kesemua produk Jakel ini boleh didapati menerusi laman web www.jakelstore.my dan akan beroperasi pada 10 Mei 2019.

http://www.jakelstore.my/

Koleksi Baju Melayu

Koleksi Baju Melayu Aaron Aziz direka khas dan khusus memberikan kekemasan dan keselesaan. Lebih istimewa lagi tahun ini, Jakel merevolusikan koleksi Baju Melayu Nabil Ahmad dengan perincian zip di sisi baju (bahagian pesak) dan di pergelangan tangan (sleeve). Masih mengekalkan konsep moden kontemporari iaitu berpotongan slim-fit.

Selain itu, Baju Melayu Awal Ashaari turut mengekalkan penjualan dalam pasaran dan memeriahkan lagi kempen jualan raya tahun ini. Pada tahun ini, Awal Ashaari memfokuskan kepada potongan, warna dan kualiti fabrik. Menjadi kelainan pada tahun ini, Jakel mengeluarkan Baju Melayu Hairul Azreen. Isitimewanya ia diperkemaskan lagi dengan perincian jahitan tangan di bahagian kolar dan terdapat koleksi baju Melayu teluk belanga.

Jakel turut mengekalkan pengeluaran baju Melayu "plus size" untuk mereka yang bersaiz besar dengan menampilkan duta barunya, Abam Bochey.

Harga yang ditawarkan sangat berpatutan dan lebih menarik pelanggan akan diberikan percuma sehelai kain samping beserta butang baju Melayu bagi setiap pembelian baju Melayu.

Koleksi Kurta

Bagi peminat koleksi kurta, Jakel masih mengekalkan pengeluarannya dan sentiasa memenuhi citarasa pelanggan di samping mengikut trend semasa. Ini kerana kurta mempunyai keistimewaan tersendiri. Koleksi kurta yang dihasilkan adalah berkualiti dan selesa. ia dijahit dengan menggunakan fabrik cotton di samping mempunyai kekemasan pada potongan leher dan di belakang bahu. Keluaran koleksi kurta berkonsepkan mesra wuduk di mana bahagian lengan boleh dilipat dengan mudah.


Baju Kurung

Koleksi Scha Alyahya, Ayda Jebat dan Hanis Zalikha turut dikekalkan dengan berkonsepkan kurung moden dan bersesuaian dengan citarasa terkini wanita terutamanya para gadis dan wanita bekerjaya yang inginkan penampilan ceria, moden dan mesra Instagram di musim lebaran.


Koleksi Kanak-Kanak

Pakaian kanak-kanak juga tidak ketinggalan di bawah Koleksi Upin Ipin, Yusof Iskandar dan Lara Alana. Setiap pembelian koleksi baju Melayu Upin Ipin turut diberi percuma kain samping dan butang baju Melayu. Koleksi Lara Alana dan Yusof Iskandar juga tidak terlepas buat si kecil yang ingin bergaya di aidilfitri.


Maklumat lanjut mengenai kempen Jakel Barulah Raya, boleh ikuti seperti berikut:

Instagram

Facebook

#jakelbarulahraya #ingatrayaingatjakel #seronoknyarayabersamajakel

Post a Comment

0 Comments