Ticker

6/recent/ticker-posts

Jangan Lepaskan Peluang Menyaksikan Teater Muzikal Jom Solat Di Dalam Taman


Menarik dan sangat terhibur! Itulah yang Admin boleh gambarkan mengenai pementasan Teater Muzikal Jom Solat yang dipentaskan di Tapak Perkhemahan Taman Wetland, Putrajaya pada 26 Julai lalu.

Sukar untuk mencari kelemahan kerana pementasan teater ini dilakonkan oleh 60 pelajar dari Sekolah kawasan Kuala Lumpur berusia 8 tahun hingga 16 tahun.


Teater muzikal yang diarahkan sepenuhnya oleh En. Azhar Zainal dan Pn. Eja Ibrahim selaku pengarah projek & penerbit, bukanlah sebuah teater sekadar hiburan tetapi ia merupakan hasil karya yang penuh dengan nilai murni dan mesej nasihat kepada semua penonton especially kanak-kanak. Boleh dikatakan semua kanak-kanak yang menonton terhibur dengan nyanyian koir dan bakat lakonan para pelajar.

Bukan itu sahaja. Berkonsepkan santai dan relaks atas hamparan tikar, penonton akan rasa lebih selesa dan dekat dengan pelakon ketika menontonnya. Ibu bapa yang bawa anak kecil juga tidak akan risau dengan keselamatan anak-anak mereka kerana kawasan persekitaran yang menghijau, tenang dan luas untuk kanak-kanak bebas bermain. 



Pementasan yang berdurasi dua jam itu turut diselangi dengan nyanyian, tarian bersama muzik latar yang dimainkan secara langsung oleh kumpulan koir sekolah.

Menurut En. Azhar lagi, teater ini menggabungkan tiga kemahiran iaitu nyanyian, tarian dan lakonan. Ia mampu merangsang dan menggalakkan para pelajar boleh berkomunikasi dan berfikir secara kreatif dan inovatif. Sudah tentu para pelajar akan lebih rasa cerdas, bergiat aktif dan minat untuk belajar.



Tambahnya lagi, pementasan teater ini merupakan penyatuan anak-anak yang berbakat di sekitar Kuala Lumpur dalam penghasilan satu projek Teater Muzikal Jom Solat yang boleh mentaksir pelbagai aspek pembelajaran. 

Menerusi teater yang dipersembahkan, pentaksiran lebih kepada Penghayatan Islam, Bahasa Melayu, Kesenian serta merangkumi Muzik dan Pendidikan Jasmani.

Walaupun demikian, di sebalik kejayaan, pasti ada cabarannya. Menurut En. Azhar lagi, cabaran paling hebat ialah bagaimana untuk melatih anak-anak kecil ini mengikut arahan, skrip dan lakonan.

Mengulas tentang kualiti persembahan teater yang dpersembahkan, Admin berikan pujian kepada semua pelajar ini kerana berjaya memegang watak masing-masing. Persembahan santai, lontaran suara yang lantang serta lenggok tari dan seni lakonan yang sangat baik menjadi aspek utama dalam sesbuah persembahan teater. Ternyata para pelajar ini sangat berbakat!


10 Sebab Kenapa Anda Perlu Pergi Tonton Teater Muzikal Jom Solat

  1. Persembahan teater muzikal penuh di sebuah taman yang indah dan tenang.
  2. Gaya berkelah dan boleh bawa busket makanan dan minuman untuk dinikmati ketika menonton persembahan teater. Tikar disediakan.
  3. Pihak produksi juga menandakan kolaborasi terbesar dengan sekolah-sekolah di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan pasukan professional yang memenangi anugerah dalam industri ini.
  4. Pihak produksi juga percaya untuk membangunkan seorang pemimpin di masa akan datang perlu tahu mengetahui jati diri dan keyakinan diri kanak-kanak melalui seni persembahan dalam masa 4 bulan dari persiapan pementasan teater ini.
  5. Pernah menonton filem Avatar? Ini merupakan persembahan teater versi bintang Junior dari Malaysia. Wajib tonton!
  6. 100% prestasi kanak-kanak ini secara langsung. Kami memerlukan anda untuk menjadi sebahagian daripada persembahan.
  7. Jumlah 45 pelajar: Pelakon Junior berusia 8.16 tahun, 6 pemuzik dan 13 BV berusia 14-16 tahun.
  8. Dijemput hadir dan rasai setiap moral cerita itu.
  9. Peluang bertemu Ketua Jabatan kami. Mereka telah bekerja siang dan malam dan kebanyakannya adalah lagenda dan wira yang tidak dikenali dalam industri.
  10. Kehadiran anda memberi inspirasi setiap pelajar persembahan teater ini.


Jadi, tunggu apa lagi? Hujung minggu ini, tak tahu nak bawa anak ke mana-mana, jom santai dan relaks di Tapak Perkhemahan Taman Wetlands Putrajaya menyaksikan persembahan Teater Muzikal Jom Solat.

Sebarang tempahan dan maklumat lanjut, boleh hubungi 
019-3036008

#JSTM #JomSolat2019 #JomSolatMusicalInThePark #PIIACUF2019

Post a Comment

0 Comments