Ticker

6/recent/ticker-posts

Pelayaran Bersama Selebriti Anjuran Golden Destinations ICE Holidays


"Pelayaran Bersama Selebriti" dengan kapal persiaran Genting Dream yang akan berlepas dari Singapura membawa 4 selebriti terkenal tanah air anjuran Golden Destinations ICE Holidays pasti membuat ramai tidak sabar nak mengikutinya.

Naik cruise bersama selebriti kali ini menampilkan Dee ('Jangan Ketawa'), Aiman Tino, Sufian Suhaimi dan Asad Motawh. Kehadiran mereka ini pasti akan membuat para penumpang yang menyertai pakej pelayaran ini terhibur dan berpeluang mendekati artis kesayangan mereka dengan lebih dekat lagi. Di samping itu, terdapat juga pelbagai aktiviti yang bakal diadakan di atas kapal, antaranya sesi "Meet & Greet" dalam acara "Welcome Party" di mana para penumpang boleh menemubual dan bergambar bersama selebriti pujaan mereka. Selain itu, terdapat juga pelbagai acara permainan "Party Games" akan diadakan dan berbagai hadiah menarik untuk dimenangi menanti semua penumpang.


Tidak lengkap itu juga. Para penumpang akan meraikan majlis makan malam yang bertemakan "Hawaiian" yang sesuai dengan aktiviti pelayaran ini, ditambah pula dengan pengacara terkenal, Dee yang semestinya akan membuat para penumpang terhibur dan tak kering gusi dengan gelagatnya. Turut juga disediakan hadiah menarik untuk acara makan malam seperti "Best Dressed" dan banyak lagi.


Mengenai sedikit pengenalan Genting Cruise Lines adalah sebuah syarikat gergasi yang menyediakan khidmat kapal persiaran mewah semenjak 26 tahun lalu. Dream Cruise merupakan salah satu daripada 3 anak syarikat perkapalan yang bernaung di bawah Genting Dream Cruise.

Selain itu, kapal pelayaran mewah bertaraf dunia ini memiliki dengan sentuhan citarasa Asia dan boleh menikmati makanan kegemaran di restoran yang telah pun mendapat pengiktirafan sijil HALAL oleh pihak JAKIM. Segala kemudahan, aktiviti dan hiburan yang disediakan oleh pihak Cruise sangat lengkap dan pasti membuatkan percutian anda lebih bermakna.

Genting Dream mempunyai 19 tingkat, 1,674 kabin pelbagai jenis dan kapal ini mampu memuatkan sehingga 3,352 penumpang pada satu masa.


Pakej pelayaran kali ini membawa para penumpang dari Singapura - Port Dickson - Singapura selama 3 hari 2 malam dengan harga serendah RM1,188.00 seorang. Golden Destinations akan menyediakan pengangkutan bas berhawa dingin dari Kuala Lumpur (Berjaya Times Square) ke Singapura (Marina Bay Cruise Centre). Perjalanan bas ke Singapura akan singgah di beberapa perhentian bagi menjemput penumpang di lokasi terpilih arah selatan, antaranya Tesco Seremban 2, Taman Buaya McDonalds Melaka, Ming An, Yong Peng dan Danga City Mall, Johor Bahru.

JUMPA ARTIS KESAYANGAN ANDA
AIMAN TINO, ASAD MOTAWH, SUFIAN SUHAIMI DAN DEE 'JANGAN KETAWA' DI ATAS KAPAL PELAYARAN GENTING DREAM CRUISE PADA
18 - 20 DISEMBER 2019

HARI PERTAMA / DAY 1
KUALA LUMPUR - MARINA BAY CRUISE CENTRE SINGAPORE
Berlepas dari Singapura (9.00pm) selepas daftar masuk, anda dijemput ke acara “Welcome
Party”. Sesi ramah mesra bersama artis dan kenali mereka secara dekat.
HARI KEDUA / DAY 2
PORT DICKSON (10.00am - 9.00pm)
Selebriti akan bersama-sama memeriahkan acara permainan dan kuiz di atas kapal Mewah Genting Dream yang pastinya akan heboh. Hadiah menarik menanti anda di acara ‘THEME PARTY’.
HARI KETIGA / DAY 3
MARINA BAY CRUISE CENTRE SINGAPORE - KUALA LUMPUR
Tiba di Singapura 12.00 tengahari

Kategori kabin yang disediakan adalah seperti berikut:
CAT
ROOM TYPE
CPTY
EARLY BIRD
NORMAL
ISS
Inside Stateroom
2
RM 1,188
RM 1,388
OSS
Oceanview Stateroom
2
RM 1,388
RM 1,588
BSS
Balcony Stateroom
3
RM 1,488
RM 1,688


MAKLUMAT LANJUT & TEMPAHAN:

Hubungi rakan niaga Golden Destinations atau layari laman web http://www.goldendestinations.com


Ikuti selanjutnya di Propa.TV di Channel Propa Rangers

Post a Comment

0 Comments