Ticker

6/recent/ticker-posts

Review Filem KRON - 'Mati Tetap Mati, Hajat Tidak Tercapai'


Alhamdulillah... Portal Propa Rangers sekali lagi diundang Opy Global Pictures Sdn Bhd untuk tayangan perdana filem kedua mereka bulan Ogos ini iaitu KRON - "Mati Tetap Mati, Hajat Tidak Tercapai" di MMCineplexes, Level 2M, eCurve Damansara. 

Kita tahu yang filem-filem berunsur fiksyen pengembaraan dalam industri tanah air kita sangatlah kurang dan mungkin belum ada. Jadi, Opy Global dengan rasa beraninya menampilkan satu kelainan buat para penonton untuk sama-sama merasai pengalaman menonton wayang dengan suasana yang berbeza genre untuk lebih mengenali tanah air sendiri. Fiksyen pengembaraan yang turut menerapkan elemen sejarah sememangnya sangat menarik jika jalan cerita diolah dengan baik. 


Sinopsis Filem KRON

KRON mengisahkan Professor Daud (Aman Graseka) seorang pengkaji sejarah di sebuah muzium di Kedah dan pembantunya Sham (Zahiril Adzim) mahu melakukan pengembaraan menjejaki laluan Raja Siam yang digunakan untuk membawa bunga emas dan perak pemberian Sultan Kedah ke negaranya sekitar tahun 1803 hingga 1910 lalu. Selain itu juga, motif utamanya adalah mencari jawapan kehilangan isterinya dalam sebuah ekspedisi ke sana.  Namun begitu, dia tidak mendapat kebenaran daripada pihak atasannya kerana khuatir dengan bahaya yang menimpa. 

Bagaimanapun, kehadiran seorang ahli perniagaan bernama Melur Suri (Dayana Roza) telah menguatkan lagi hasrat dan cita-cita Professor Daud memandangkan segala kos pengembaraan akan ditanggung oleh Melur Suri. Manakala Pian (Mamak Puteh) seorang pengarah televisyen paranormal yang telah mendapat tahu tentang pengembaraan tersebut menawarkan diri untuk merakam semua aktiviti secara percuma.

Pada mulanya, semua perjalanan berjalan lancar dan mereka telah menemui permulaan laluan yang bersejarah itu. Namun, sebaik sahaja sampai di pertengahan jalan, pandangan mereka dikaburkan dan mereka telah masuk ke laluan yang salah sehingga kesemuanya diganggu dan diburu oleh makhluk misteri iaitu KRON.

Filem
KRON

Pengarah
Opie Zami

Penerbit
Zainudin Bahari

Penerbit Eksekutif
Amir Zainudin

Penyunting
Mohamed Sufianudin

Penulis Skrip
M. Hitler Zami / Opie Zami

Gubahan Muzik
Opie Zami

Pereka Kostum
Zubaidah Sual

Pengarah Casting
Abdul Mutalif Abu Bakar

Filem Terbitan
Opy Global Pictures Sdn Bhd

Tarikh Tayangan
22 Ogos 2019

Barisan Pelakon
Dayana Roza (Suri), Zahiril Adzim (Sham), Aman Graseka (Professor Daud), Mohamed Ikhtiarudin @ Mamak Puteh (Pian), Ellie Suriati Omar (Bonda Iring), Opie Zami (Kitoi/Ketoi), Bohari Ibrahim (Tok Batin), Ruminah Sidek (Nenek Suri), Ahmad Idham (Amri), Cat Farish (Dr Hamid) dan Johara Ayob (Professor Mariana)

  

Review Filem KRON

Pada babak permulaan, peperangan yang berlangsung menjadi tanda tanya apabila tiba-tiba hilang dan digantikan secara terus ke babak masa kini yang menampilkan watak Suri dan Professor Daud silih berganti. Ia agak kelam kabut sedikit bilamana babak yang dipaparkan silih berganti memasuki tanpa ada motion yang menunjukkan babak baharu.

Walau bagaimanapun, Admin tidak mengatakan filem ini tidak menarik. Admin memuji Computer-Generated-Imagery (CGI) yang begitu hebat dan boleh dibanggakan sebagai filem CGI menarik dari anak Malaysia. Setiap gerakan dan bunyi yang terhasil memang mengagumkan dan membuatkan para penonton ingin terus menonton sehingga ke akhir penceritaan.


Bukan itu sahaja, dengan teknologi yang ada pada masa itu (teknologi tahun 2017-2018), Admin boleh katakan CGI yang dihasilkan sangat membanggakan dan melihatkan industri perfileman Malaysia hari ini sudah punya kepakaran CGI yang terbaik dan haruslah digilap lebih lagi untuk setanding dengan Hollywood.

Admin juga sangat puji dengan pengarahnya, Opie Zami yang bertungkus lumus membuat kajian sebelum menghasilkan filem dengan mencipta sendiri kod-kod bahasa dan tulisan yang ada pada filem KRON ini. Semua pertuturan dan bahasa serta kaum Ukirian yang ada dalam filem ini adalah rekaan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang mati. Hal ini disebabkan jika ada perselisihan isu perkauman dan bahasa boleh memberi impak yang sangat besar. Jadi, sebelum semua itu berlaku, pihak penerbit dan pengarah sendiri telah mereka sendiri bahasa dan tulisan yang tidak ada di dunia luar dan hanya ada di dalam filem KRON.


Lokasi dan latar tempat yang boleh dikatakan sangat menarik dan cantik dalam setiap babak. Filem KRON membuktikan yang negara kita Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati dan dipromosikan kepada dunia luar tentang keindahan negara kita. Menerusi filem lah sebenarnya sesuatu negara lebih dikenali. Jadi, sebab itu, Admin benar-benar memuji yang filem KRON ini wajib ditonton oleh semua lapisan masyarakat dan menilai sendiri betapa beruntungnya kita dilahirkan di bumi bertuah yang indah ini.


Tidak semudah itu untuk menceritakan elemen sejarah dalam sebuah filem. Namun, filem KRON membuktikan filem fiksyen pengembaraan yang terhasil ini adalah filem 2019 yang wajib ditonton oleh semua.

Filem KRON menjanjikan sebuah kelainan kepada penonton. Selain terhibur dengan jalan ceritanya, penonton dapat belajar sedikit sebanyak sejarah seperti bunga emas yang diberikan kerajaan Kedah Tua kepada Siam dan turut mengenali lokasi menarik untuk dijadikan pelancongan Malaysia.

Trailer Filem KRON


Memandangkan filem sebegini kurang dihasilkan dalam industri perfileman Malaysia, Admin menyeru kepada semua untuk menonton filem KRON ini di seluruh pawagam berdekatan anda pada 22 OGOS 2019.


Jangan lupa juga untuk kongsikan pengalaman menarik korang selepas menonton filem ini di halaman Facebook Propa Rangers.

Post a Comment

2 Comments

  1. Menarik... Siap buat bahasa sendiri... 👍

    ReplyDelete
  2. Hujung minggu nanti nak layan cerita ni lah. Nak tau gak dia guna bahasa apa.heee

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)