Ticker

6/recent/ticker-posts

Rungkai Misteri Kehilangan Bella Dalam Filem WANGI


Sekali lagi Portal Propa Rangers diundang untuk menghadiri Tayangan Perdana Filem Wangi di MMCineplexes, Level 2M, eCurve Damansara.

Tidak dinafikan bahawa filem-filem yang bercorak psiko thriller dan jenayah seram merupakan antara genre yang sangat popular di kalangan penonton. Oleh yang demikian, syarikat RESILIENCE STUDIO SDN BHD telah mengambil inisiatif dengan menerbitkan sebuah filem berjudul WANGI. Penerbitnya, Shuhada Mohd atau Adda yang menggemari plot-plot seram dan misteri merupakan salah satu sebab utama tercetusnya idea menerbitkan filem ini.


Sinopsis Filem Wangi

Filem ini memaparkan kisah sebuah keluarga bahagia dari pandangan zahirnya, tetapi di sebaliknya mempunyai rahsia hitam yang tersembunyi. 

WANGI menceritakan tentang Nor (Erra Fazira) yang baru pulang ke rumah setelah melahirkan cahaya mata kedua. Dia dan suaminya, Khuzairi (Sharnaaz Ahmad) memiliki seorang anak lelaki istimewa berusia tujuh tahun. Sepanjang tempoh berpantang, Nor telah dijaga oleh ibunya.

Dalam pada itu, Nor juga telah menyedari ketiadaan pembantu rumah dan merangkap adik angkatnya, Bella (Nabila Huda). Khuzairi memberitahu bahawa Bella telah berhenti dan pulang ke Amsterdam dengan alasan berkahwin dengan kekasihnya iaitu Azlan (Syazwan Zulkifly).

Bagaimanapun, Nor berasa pelik memandangkan Bella tak pernah bercerita tentang perkahwinan dan bermulalah episod misteri tentang kehilangan Bella serta kejedian-kejadian pelik yang berlaku ke atas Nor dan keluarganya.

Filem
WANGI

Genre
SERAM

Penulis Skrip & Pengarah
MOHD LATIFF ZAMI @ YEOP HITLER

Penolong Pengarah
NORLIYANA KASSIM

Pengurus Produksi
WAN NORAZIELAH WAN HASHIM

Penolong Pengurus Produksi
MOHD FAZRUL MOHD ZEN

Pengarah Fotografi (DOP)
ZUHIRI MAT ALI

Penerbit
RESILIENCE STUDIO SDN BHD

Barisan Pelakon
SHARNAAZ AHMAD - Khuzairi
ERRA FAZIRA - Nor
NABILA HUDA - Bella
SYAZWAN ZULKIFLY - Azlan
NIK MUHAMMAD ADAM MIKAEL - Khiri
MIA NASIR - Mia
RUMINAH SIDEK - Ibu

Tarikh Tayangan
05 SEPTEMBER 2019

 
 
 

Ulasan Ringkas Filem Wangi

Filem WANGI benar-benar buat penonton rasa tercabar untuk memikirkan siapa sebenarnya pembunuh Bella. Dan, ketika faktanya mula terungkap, pasti membuatkan kita pening sendiri. Ia merupakan sebuah lagi filem Plot Twist yang berjaya memutar belitkan otak penonton ketika menontonnya. 


Permulaan filem dimulakan dengan babak Nor yang baru melahirkan bayi dan berpantang di rumah. Khuzairi sebagai ayah kepada dua orang anak iaitu Khiri dan bayi perempuan yang baru dilahirkan itu. Pelbagai peristiwa aneh berlaku di rumah mereka sejak dari momen Nor dibawa ke rumah itu. Peristiwa aneh pertama telah dirasai Ibu Mertua Nor ketika menjaga Nor dalam pantang. Tiba-tiba sahaja bayi perempuan menangis dan kelibat rambut panjang membuatkan ibu mertuanya diam kaku apabila ditanya Khuzairi setelah melihat mukanya yang pucat.

Plot Twist Filem Wangi

Dalam sidang media lalu, Yeop Hitler ada menyatakan yang Khiri merupakan anak angkat mereka yang baru diambil sejak dua tahun lepas. Dalam filem pula ada memetik kata-kata ibu Khuzairy saat baby baru dilahirkan, "Dah ada baby baru, anak yang ini jangan diabaikan. Dia ni istimewa". Ketika itu, sangkaan kami istimewa yang dimaksudkan adalah autisme dan bukannya anak angkat.

Cerita semakin berpusing bilamana Admin memikirkan bagaimana Bella mengandung dan ada hubungan dengan Khuzairy. Dan, dalam masa yang sama Nor juga mengandung. Dan lagi hebat twistnya, bagaimana Nor memberitahu yang dia tidak jumpa dengan Bella dah dua tahun, sedangkan sewaktu Nor mengandung, Bella ada datang ke rumah besar itu. 


Sinematografi & Latar Tempat

Penggambaran filem di UK dan Malaysia diselangselikan melalui flashback atau pintasan masa yang kebanyakannya muncul di wajah Nor. Kelihatan suasana gembira ketika sambutan hari lahir Khuzairi dan Bella disambut oleh mereka berempat. Ini menunjukkan keakraban mereka sangat intim dan mesra.

Selain itu, penggambaran lebih tertumpu di dalam rumah besar tersebut yang bagi Admin sangat cantik dan agak menyeramkan juga suasananya. Ditambah lagi dengan sound effect yang cukup kuat menjadikan ia tidak tersasar dari genre asal iaitu seram dan thriller.

Apa-apa pun, Admin sangat suka dengan latar tempat dalam setiap penggambaran filem WANGI ini. Sangat cantik!


Menurut Yeop Hitler, beliau rasa lebih feeling ketika mengarahkan filem ini dan sememangnya ia merupakan tayangan filem dan bukannya Telemovie seperti yang dirancang awal sebelum ini. Psycho Thriller ditekankan pada kesemua watak terutama Sharnaaz Ahmad dan Nabila Huda di mana ia sangat jarang dizahirkan dalam mana-mana filem tempatan Malaysia.

Difahamkan lagi, terdapat beberapa scene penting telah ditapis sebelum ditayangkan. Dan sebab itu ia membuatkan jalan cerita filem ini agak sedikit mengelirukan. 

Official Trailer Filem Wangi


Walau bagaimanapun, Admin merasakan yang filem ini harus ditonton semua untuk mengetahui setiap persoalan yang akan memberitahu setiap plot twist yang diceritakan.


Filem WANGI pasti akan memberikan perspektif berbeza buat para penonton yang menontonnya. Jika nak tahu segala persoalan dalam filem Psycho Thriller ini, jangan lupa untuk saksikan TAYANGAN FILEM DI PAWAGAM BERDEKATAN pada 5 SEPTEMBER 2019.


Post a Comment

1 Comments

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)