Kuala Lumpur, 14 November 2019 - Dengan teknologi yang semakin pesat hari ini, industri esukan dan gaming di Malaysia semakin mendapat tempat di hati peminatnya. Terkini, satu majlis pelancaran telah diadakan di mana Bad Lab dan Watsons Malaysia bergabung tenaga menganjurkan pertandingan esukan "THE BAD DUEL" bagi menyokong industri esukan negara.
Majlis pelancaran itu telah dilaksanakan di Vanity Atrium, Sunway Velocity. Pertandingan ini bakal menyaksikan peserta-peserta yang dikenali ramai dalam arena gaming dari seluruh Asia untuk merebut hadiah wang tunai yang ditawarkan.
Ini juga merupakan kolaborasi pertama jenama penjagaan diri dan jenama kesihatan dan kecantikan bekerjasama mengangkat segmen esukan ini dan turut menghangatkan lagi pasaran esukan yang semakin berkembang pesat.
Pertandingan tersebut dibahagikan kepada dua fasa di mana para peserta terlebih dahulu dikehendaki untuk mendaftar secara atas talian dan bermain permainan video yang telahpun dipilih oleh pihak penganjur untuk melayakkan diri ke pusingan kedua. Para peserta yang bermain dengan cemerlang layak ke pusingan kedua dan dijemput untuk menghadiri acara "on-ground" yang bakal berlangsung di Sunway Velocity bagi pusingan Akhir dan Pertandingan Akhir The BAD Duel. Permainan yang telh dipilih untuk dimainkan oleh para peserta adalah Tekken 7 dan Dota 2 yang mana kedua-duanya mempunyai keunikan da kesukaran tersendiri, namun sangat popular dalam kalangan 'gamers'.
Selain itu, pertandingan The BAD Duel ini juga akan disiarkan secara langsung di skrin besar lokasi pertandingan diiringi dengan komentari terkini daripada pengulas esukan yang telahpun dipilih. Ini bukan sahaja untuk menarik perhatian lebih banyak pengunjung untuk melawat tapak pertandingan tetapi juga untuk menarik minat pemain-pemain baru lebih bersemangat dan saling menggalakkan interaksi serta perbincangan tentang esukan di kalangan umum terutamanya golongan sasaran.
Menurut Mr. Lum Chong Heng, Pengarah Komersil bagi jenama Bad Lab, "Bilangan penggiat dan peminat esukan di Asia Tenggara bakal meningkat dua kali ganda ke 19.8 juta tahun ini berbanding 9.5 juta pada tahun 2016 dan menjadikan rantau ini sebagai kawasan dengan peningkatan tertinggi bagi pasaran gaming. Di Asia-Pasifik sahaja terdapat audiens seramai lebih 98.9 juta dan kebanyakannya adalah dari Asia Tenggara. Di penghujung tahun 2019, boleh dikatakan bahawa jumlah audiens ini akan meningkat melebihi 31.9 juta"
Katanya lagi, "Statistik juga menunjukkan bahawa lebih 62 peratus dari keseluruhan jumlah audiens adalah dari lingkungan umur 16 ke 45" iaitu sama dengan lingkungan umur sasaran pelanggan jenama kami”.
“Kami amat berbangga kerana dapat berkolaborasi bersama Watsonsuntuk menganjurkan pertandingan The BAD Duelini justeru menyediakan satu platform yang khas untuk pemain-pemain tempatan kita berinteraksi, belajar dan secara tidak langsung meningkatkan kemahiran mereka untuk bertanding di peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, penganjuran pertandingan ini juga begitu penting untuk mengukuhkan lagi wacana kami yang tidak berbelah bahagi untuk menyokong pembangunan positif industri esukan di Malaysia”.
Penyataan Mr. Lum itu dipersetujui oleh Caryn Loh, Pengarah Pemasaran bagi jenama Watsons Malaysia dan beliau berkata, "Kerjasama ini sangat penting serta bermakna bagi kami. Dengan penganjuran The BAD Duel bersama Bad Lab dan Watsons adalah jenama kesihatan dan kecantikan yang pertama di Malaysia yang telah mengambil langkah berani dengan melabur untuk pembangunan segmen esukan di negara ini. Ketika ini, kita sedang menyaksikan kemajuan industri esukan dan gaming dan status pemain-pemain yang bergiat di dalam bidang ini turut meningkat daripada amatur kepada semi-professional dan juga professional. Ini adalah satu situasi yang amat menggalakkan dan kami ingin turut menyumbang untuk menjadikan Malaysia sebagai salah satu kuasa di dalam arena esukan di Asia.”
esukan ini juga telah diiktiraf buat pertama kalinya sebagai acara sukan berpingat di Sukan SEA ke-30 yang bakal diadakan di Filipina tidak lama lagi. Seiiring dengan perkembangan ini, Bad Lab dan Watsons ingin bekerjasama dan mungkin juga berkolaborasi dengan jenama-jenama relevan lain untuk pembangunan industri gaming agar dapat pergi lebih jauh lagi. Pertandingan The BAD Duel ini telah direka dan dianjurkan sebagai pendahuluan bagi acara-acara yang lebih menarik di masa akan datang.
0 Comments