Ticker

6/recent/ticker-posts

StereoFest - Festival Muzik Melayu Yang Pertama Dan Terbesar Di Singapura


Are you ready for the STEREOFEST - Festival Muzik Melayu yang terbesar di Singapura? Stereofest akan diadakan buat julung kalinya di Palawan Green, Sentosa dengan barisan artis popular dari Malaysia, Indonesia dan Singapura sendiri. Antara artis yang akan tampil di festival itu adalah New Boyz, Jaz, Zee Avi, Ayda Jebat, ANBS (Hyrul Anuar, Syed Azmir dan Fauzie Laily), Judika, Andi Bernadee, Elizabeth Tan, Ismail Izzani, Rahila Rashun dan ramai lagi.

 
 

Festival Muzik Melayu yang diperkenalkan oleh Adi Media Pte Ltd merupakan pencipta bazar popular selebriti CelebFest serta festival makanan dan beli-belah, Twilight: Flea & Feast akan menganjurkan StereoFest 2020 yang pertama dan terbesar seumpamanya di Singapura. Festival ini bakal berlangsung selama dua hari pada 22 dan 23 Februari 2020 dengan menampilkan 20 barisan artis popular dari Indonesia, Malaysia dan Singapura. 

Selain persembahan, pengunjung juga boleh menyaksikan pelbagai tawaran makanan dan minuman dari vendor terkenal tempatan di Festival Village. 'The Village' juga akan menempatkan beberapa stor dan menawarkan aktiviti-aktiviti yang boleh disertai oleh keluarga dan masyarakat.


"Kami berharap agar StereoFest dapat meningkatkan martabat muzik Melayu di rantau ini, dan juga menyediakan platform bagi penyanyi tempatan untuk berada di pentas yang sama sebagai artis terkenal. Pada masa yang sama, kami ingin memberikan para peminat destinasi di mana mereka boleh menonton dan menikmati kesemua artis kegemaran mereka," kata Dian Rasid, Pengarah Urusan di Adi Media Pte Ltd.

Selain festival muzik yang dinanti-nantikan, Adi Media juga akan menjalankan StereoSearch, sebuah pertandingan mencari artis rakaman untuk industri muzik Melayu. Pertandingan ini akan diadakan dalam talian untuk peringkat awal. Lapan penyanyi akan mengadakan persembahan secara 'live' di CelebFest pada bulan Disember, di mana satu lagi acara yang sinonim dan 'signature' anjuran Adi Media.

Pertandingan ini akan diadili oleh juri profesional industri muzik Malaysia dan Singapura. Juara akan membawa pulang hadiah berharga SGD 10,000, perjanjian rakaman EP (Extended Play) dan slot persembahan di StereoFest pada Februari 2020.


StereoFest juga berbangga memperkenalkan Wanderlost Lounge sebagai Rakan Minuman Rasmi, yang mana ia merupakan satu-satunya penyedia minuman untuk acara StereoFest dengan menyediakan pelbagai minuman festival seperti kraf bir tiada alkohol, minuman koktel yang tidak ber-alkohol dan sparkling wain yang tidak ber-alkohol. Wanderlost juga akan memperkenalkan koktel tidak beralkohol bertemakan StereoFest yang dibuat dari barisan aran non-alkohol, Sifar Botanicals semasa StereoFest.


Harga tiket adalah seperti berikut:

Tiket biasa 1 Hari = SGD 68* (RM204)
Tiket biasa 2 Hari = SGD 128* (RM384)
Tiket VIP 1 Hari = SGD 198 (RM594)
Kemasukan VIP 2 Hari (dengan Meet & Greet) = SGD 368 (RM1,104)

Diskaun akan diberikan untuk tempoh terhad sahaja : (Harga asal: S98 dan $168)

Untuk tiket dan maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang di bawah

Website

Instagram

Facebook

Post a Comment

0 Comments