Seperti yang kita tahu, penggunaan media dalam bentuk platform digital semakin meningkat di seluruh dunia termasuklah Malaysia. Hari ini, bilangan peranti yang menyokong media digital bersama dengan peningkatan kelajuan Internet telah menyediakan banya pilihan kepada pengguna untuk mengakses kandungan digital pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Peningkatan platform digital di pasaran tempatan seperti Netflix, iflix, Amazon Prime, VIU dan banyak lagi adalah sebagai menggantikan media tradisional televisyen sebagai hub hiburan tidak dapat disekat lagi. Malah, di Malaysia sendiri media tradisional TV sudah mula mengubah modul perniagaan mereka dengan mewujudkan platform online streaming.
Ia adalah situasi yang sihat dari sudut pertumbuhan ekonomi kerana secara tidak langsung mewujudkan sebuah nilai ekosistem baharu apabila menghubungkan penyedia kandungan (content provider) dengan pengguna kandungan (content consumer) secara lebih dekat.
Menyedari hakikat itu, Malaya United Films & Entertainment Sdn Bhd tampil dengan sebuah platform secara online streaming terbaharu yang dikenali Mr. Mufe - My Lepak Buddy.
Mr. Mufe bakal beroperasi sepenuhnya di pasaran tempatan pada pertengan tahun ini dengan memberikan tumpuan terhadap kandungan utama dalam Bahasa Malaysia dan menawarkan kandungan-kandungan yang segar, tulen (original) dan terbaharu sahaja.
Bagi kandungan yang sedia ada (re-run), ia tertumpu kepada filem tempatan yang telah tamat tempoh tayangan di pawagam yang tidak punya platform lain untum filem mereka ditawangkan.
Secara tidak langsung, platform ini akan turut memberi manfaat kepada pemain industri dan karyawan seni untuk terus berkarya menerusi produk seni mereka dan pada waktu yang sama menambah peluang pekerjaan kepada pekerja-pekerja seni tempatan untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Selain itu, pemain industri dan karyawan seni juga memiliki hak ke atas harta intelek mereka sendiri walaupun menggunakan platform Mr Mufe - My Lepak Buddy untuk menayangkan kandungan program mereka.
Platform Mr Mufe - My Lepak Buddy juga tidak tertumpu hanya di Malaysia, malah beberapa negara lain. Untuk fasa pertama, platform akan mula beroperasi di Malaysia, United Arab Emirates, Pakistan, Indonesia dan India secara serentak.
Apa yang Menarik Dengan Mr Mufe - My Lepak Buddy?
- Platform ini boleh ditonton secara PERCUMA.
- Hanya kandungan premium seperti filem cereka akan dikenakan bayaran USD0.99cents per filem.
- Bagi pengguna yang ingin menikmati dari negara lain seperti UAE, Pakistan, Indonesia dan India, hanya akan dikenakan bayaran bulanan USD2.99.
- Kandungan program Mr Mufe - My Lepak Buddy boleh dinikmati tanpa gangguan iklan. Iklan hanya akan dipaparkan selama 30 saat pada awal kandungan sahaja. Iklan yang ditawarkan untuk pengiklan juga sangat murah iaitu sebanyak USD0.05 untuk tempoh masa 10 saat per slot.
Bagi memastikan kandungan-kandungan program Mr Mufe - My Lepak Buddy tidak menjadi mangsa cetak rompak, Malaya United Entertainment memperkenalkan teknologi Blockchain serta mewujudkan sistem CDN (Content Delivery Network) tersendiri serta Cloud Computing.
6 Comments
Baguslah utk peminat musik, org2 muda tentu suka tu
ReplyDeleteTeruskan perjuangan filem Melayu ..suka tonton..
ReplyDeleteAfter examine just a few of the blog posts on your website now, and I actually like your approach of blogging. I bookmarked it to my bookmark web site record and will likely be checking back soon. Pls try my web site as effectively and let me know what you think. fire tv iptv
ReplyDeleteAs more individuals catch exceptional minutes on record, free streaming video zones offer ability to communicate, communicate or pay attention to what their heart wants. Alongside amusement, you will run over free streaming recordings of talks, introductions, shows and narratives. https://twitchviral.com/
ReplyDeleteVery good blog article. Really looking forward to read more. Keep writing.
ReplyDeleteconvert yt mp3
I truly appreciate this article post. Really thank you! Great.
ReplyDeletedownload instagram reels