PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) berjumlah RM250 bilion yang akan memberi manfaat kepada semua rakyat.
Pakej PRIHATIN ini akan menyediakan bantuan segera untuk meringankan beban yang ditanggung oleh anda semua tidak kira anda seorang nelayan di Kukup, Johor atau pekebun kecil di Jeli, Kelantan. Anda pengusaha chalet di Cherating atau penarik beca di Melaka, peniaga pasar malam di Kuala Lumpur atau pasar tamu di Kundasang. Kesemuanya akan menikmati manfaat daripada pakej rangsangan ekonomi yang peduli rakyat ini.
"No one will be left behind. Tiada siapa yang akan dipinggirkan,” kata Muhyiddin.
Pakej itu merangkumi tiga teras iaitu untuk melindungi rakyat berjumlah RM128 bilion, memberi sokongan kepada perniagaan berjumlah RM100 bilion termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan RM2 bilion bagi memperkukuhkan ekonomi negara.
Sejumlah RM20 bilion telah diumumkan kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi pada 27 Februari.
Antara isi kandungan yang terdapat pada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat adalah:
- Bantuan Prihatin Tunai sebanyak RM250 kepada individu bujang berusia 21 tahun ke atas berpendapatan RM2,001 hingga RM4,000 sebulan.
- Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM800 kepada individu bujang berusia 21 tahun ke atas berpendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan.
- Pengecualian sewa bagi semua premis milik Kerajaan Persekutuan seperti kantin sekolah, taska, kafeteria, kedai serbaneka dan lain-lain selama 6 bulan.
- Pengeculian pembayaran sewa bagi PPR dan Perumahan Awam selama 6 bulan.
- RM25 juta untuk bantuan makan, penjagaan kesihatan dan tempat perlindungan, pusat bantuan dan gelandangan melalui kerjasama NGO dan Usahawan Sosial.
- Penangguhan bayaran balik pinjaman selama 6 bulan untuk peminjam Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
- Bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari bawah MySalam untuk golongan B40 yang dikuarantin sebagai pesakit di bawah siasatan (PUI)
- Baki bawah Bantuan Sara Hidup dibayar pada Julai 2020
- Bantuan sebanyak RM500 kepada pemandu E-Hailing.
- Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM1,000 kepada isi rumah yang berpendapatan RM4,001 hingga RM8,000.
- Pelaburan RM400 juta untuk meningkatkan liputan dan keupayaan rangkaian telekomunikasi.
- Pengeluaran dari Akaun B sehingga RM1,500 dari setiap penyedia Skim Persaraan Swasta tanpa penalti cukai dari April hingga Disember 2020.
- Bantuan RM500 kepada lebih 850,000 pesara Kerajaan, pada April 2020.
- Bantuan RM200 seorang kepada pelajar pengajian tinggi.
- Elaun khas RM200/sebulan kepada tentera, polis, kastam, pertahanan awam, RELA yang terlibat mulai 1 April 2020.
- Diskaun bil elektrik berperingkat antara 15% hingga 50% selama 6 bulan mulai April 2020.
- Penangguhan pembayaran bulanan bagi unit-unit sewa untuk milik (RTO) 6 bulan.
- Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM1,600 kepada isi rumah berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan.
- Subsidi upah sebanyak RM600 sebulan selama 3 bulan untuk pekerja berpendapatan bawah RM4,000 dan majikan dengan penurunan pendapatan lebih 50% sejak 1 Jan 2020. Majikan juga perlu menjamin tiada pemberhentian tenaga kerja bagi tempoh 3 bulan selepas program ini.
- RM1 Billion bagi tujuan Dana Pinjaman Makanan.
- INTERNET PERCUMA kepada semua pelanggan perkhidmatan telekomunikasi bermula 1 April 2020 selama tempoh pelaksanaan PKP.
- Tanggungan kos ujian sehingga RM300 bagi pemegang polisi & sijil takaful perubatan.
- Bantuan RM500 kepada lebih 1.5 juta penjawat awam termasuk mereka yang bekerja secara kontrak untuk Gred 56 ke bawah pada April 2020.
- Tambahan RM1 Billion kepada Kementerian Kesihatan untuk pembelian peralatan dan perkhidmatan memerangi Covid-19.
- RM100 Juta bagi menyediakan kemudahan infrastruktur tempat penyimpanan dan pengagihan makanan serta program integrasi tanaman.
- Penanggungan Kos Gaji dan lanjutan kontrak selama sebulan bagi kontraktor yang ada kontrak perkhidmatan seperti kebersihan dan bekalan makanan dengan agensi kerajaan
1 Comments
Syukur Alhamdullilah..
ReplyDelete