Ticker

6/recent/ticker-posts

Viu Memperkukuhkan Perkongsian Dengan GMM Grammy Untuk Membawa Kandungan Thai Ke Seluruh Asia

Viu, perkhidmatan streaming video OTT yang terkemuka dari PCCW Media Group dengan mempunyai lebih daripada 41 juta pengguna aktif bulanan (MAU), membawakan lebih banyak perkongsiannya kepada pelanggan dengan hiburan Thai Grammy GMM yang menawarkan kandungan One31 Channel dan kandungan GMM25 yang terkenal.


Dengan kerjasama itu, Viu menawarkan real-time simulcast dalam masa dua jam melalui kandungan One31 Channel di Thailand dan memberikan pilihan Thai Viu'ers tentang masa dan bagaimana mereka boleh menonton rancangan kegemaran mereka.

Kandungan yang sama itu juga akan tersedia untuk semua Viu'ers di Malaysia, Indonesia, Myanmar dan Singapura dengan mempunyai subtitle kepada bahasa tempatan seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Indonesia, Bahasa Burma dan Bahasa Inggeris tidak lama lagi selepas penyiaran pertama di Thailand. Perkongsian itu membawa lebih 300 jam real-time simulcast dari One31 Channel dengan kandungan  pasaran adalah 812 jam masa tontonan ke Thailand.

Selain itu, 290 jam kandungan melalui GMM25 juga boleh didapati buat Viu'ers Malaysia dan Indonesia dengan lengkap subtitle Bahasa Inggeris dan Bahasa Indonesia.

Pada tahun ketiga, kerjasama ini telah diperluaskan lagi bagi membolehkan Viu bukan sahaja menyampaikan maklumat secara langsung real-time simulcast di One31 Channel dan menyediakan kandungan GMM25 yang segar, tetapi juga membolehkan para pengguna Viu Premium memuat turun kandungan tersebut untuk menonton pada bila-bila masa lapang mereka nanti.

Antara tajuk-tajuk yang sangat dijangka akan menjadi Box Office adalah One31 Channel’s Crowns of Grass (March, 2020), The Passbook (March, 2020), the Venom’s Tale (February 2020) dan GMM25”s The Mistress, Love Revenge, Club Friday the Series 11.

 
 

Puan Virginia Lim, Ketua Pegawai Kandungan Viu berkata, "Selepas kejayaan kami bersama kandungan Korea di pasaran rantau ini, kami melihat kandungan Thai sebagai satu lagi gelombang kandungan serantau yang seterusnya di Asia Tenggara. Dengan perkongsian GMM, kami bersedia membantu menyediakan satu lagi genre berkualiti yang popular kandungannya pada platform yang sangat kukuh yang telahpun menyajikan lebih jutaan orang ramai digital di rantau ini. Setiap minit pada video kami telah berkembang dengan berjuta-juta dan ia merupakan kesaksian kandungan kami dalam merperhebatkan lagi penglibatan Viu'ers. Kami akan terus membawa hiburan terbaik ke platform kami.

Encik Takonkiet Viravan, Ketua Pegawai Eksekutif One31 Channel, berkata, "Kami sangat gembira mempunyai Viu sebagai rakan kongsi. Ia menggabungkan kekuatan drama Thailand yang terkenal di saluran One31 dan platform dalam talian antarabangsa Viu, kami akan membawa kedua-duanya kepada penonton bersama-sama dan mengembangkan lagi pangkalan penonton kami. Sebagai teknologi yang semakin maju, terdapat juga beberapa kemungkinan kepada masyarakat untuk berkembang dan itu adalah satu keseronokan untuk berkembang bersama Platform Viu."

Encik Sataporn Panichraksapong, Ketua Pegawai Eksekutif GMM25, berkata, "GMM25 dan Viu telah menjadi rakan kongsi selama tiga tahun, sejak masuk Viu ke pasaran Thai. Siri GMM25, The Mistress, Revenge Love dan Club Friday the Series terbukti sangat terkenal di platform Viu Thailand. Mulai sekarang, perkongsian Viu-GMM25 akan terus berkembang kerana Viu akan membawa kandungan Viu Thailand kepada penonton di Malaysia dan Indonesia. Kerjasama itu akan meningkatkan lagi asas penonton kandungan Thai di pasaran luar negara."


Viu boleh diakses menerusi telefon mudah alih dan tablet serta komputer dengan memuat turun aplikasi Viu di Google Play atau layari www.viu.com pada browser komputer anda.

Post a Comment

0 Comments