Ticker

6/recent/ticker-posts

Viper Challenge : King of the Mountain 2020 Mampu Buat Anda Jadi Kental

Wartawan & Jurufoto | Rahimah binti Zainal (hellenkiller-timetorest.blogspot.com)


Viper Challenge adalah sebuah aktiviti runaway di mana para peserta perlu melalui beberapa halangan sehingga ke garisan penamat. Terdapat halangan mudah dan juga halangan yang sukar untuk para peserta laluinya.

Meninjau Team Propa Rangers yang turut sama berada di Viper Challenge : King of the Mountain 2020 pada 7 dan 8 Mac 2020 yang lalu, telah mencabar para pesertanya di Genting Highlands. Dengan kerjasama NCT Group dan rangkaian hotelnya, Grand Ion Delemen, Gloria Residences dan G-Luxe oleh Gloria telah membuat cabaran Viper Challenge terbesar di Asia yang berlokasi di Ion Delemen Park


Seawal pagi lagi dengan cuaca yang sejuk dan nyaman, menampakkan semangat dan kecekalan yang ditunjukkan oleh para peserta untuk mencabar diri masing-masing. Viper Challenge yang akan dilalui para peserta adalah laluan berbukit sejauh 7km dan 12 halangan yang pasti akan menguji ketahanan fizikal dan mental para peserta. 



Ini bukanlah kali pertama dilaksanakan kerana pada tahun 2016 dan 2017, Viper Challenge pernah diadakan di Genting Highlands. Grand Ion Delemen merupakan pemegang rekod Malaysia Book of Record sebagai Servis Apartment Altitut paling tinggi di Malaysia (Highest Altitude Service Apartment). Hotel Grand Ion Delemen, Gloria Residences dan G-Luxe oleh Gloria turut menyediakan kemudahan buat peserta Viper Challenge termasuk khemah perubatan, gerai jualan dan lain-lain kemudahan. 

Kejayaan Viper Challenge : King of the Mountain 2020 di Ion Delemen Park Genting Highlands ini menjadi bukti betapa pesatnya perkembangan sukan berhalangan semakin popular di Malaysia. 



Apa macam? Ada rasa tercabar dan mahu sertai Viper Challenge akan datang? Layari laman sesawang di bawah

Website

Post a Comment

0 Comments