Pepsi®, pencetus trend fesyen dan budaya generasi muda dengan rasminya mengumumkan salah satu kumpulan K-Pop wanita paling popular di dunia, BLACKPINK sebagai duta jenamanya yang terbaru untuk rantau Asia Pasifik pada 28 Disember 2020 lalu.
Dianggotai oleh Jisoo, Jennie, Rosé dan Lisa, BLACKPINK bekerjasama dengan Pepsi dalam kempen terbaru "Go All In For What You Love" yang menggalakkan Generasi Z agar menjadi lebih berani dan bersedia untuk menempuh apa jua cabaran yang menjadi batu penghalang dalam usaha mereka mencapai cita-cita kehidupan mereka.
Pengarah Pemasaran Kanan, Pepsico Asia Pasifik, Salman Butt berkata, "Kami dengan sukacitanya mengalu-alukan kumpulan K-Pop antarabangsa, BLACKPINK, sebagai duta jenama untuk kempen terbaru kami di Malaysia dan Singapura. BLACKPINK mengabadikan sikap serta semangat unik generasi muda yang sangat sesuai dengan jenama Pepsi dan kami yakin bahawa para penggemar muzik dan peminat BLACKPINK di Malaysia dan Singapura pasti teruja apabila Pepsi membawakan kumpulan pujaan muda-mudi ini lebih dekat dengan mereka. Kisah yang menyentuh perasaan mengenai keperitan, ketabahan serta keazaman yang dilalui oleh BLACKPINK dalam usaha merealisasikan impian mereka untuk menjadi bintang yang terkenal selama ini, adalah sifat-sifat terpuji yang boleh membakar semangat generasi muda dan dijadikan sumber inspirasi supaya mereka dapat mencontohi kejayaan kumpulan pujaan mereka itu. Kempen terbaru kami bertujuan menggalakkan generasi muda berusaha mengejar impian mereka dan meletakkan diri mereka di atas landasan yang betul ke arah menyerlahkan kekuatan dan keberanian yang terpendam di dalam diri mereka."
Bagi mengukuhkan lagi kerjasama ini, sebuah filem iklan terbitan bersama oleh Pepsi dan BLACKPINK turut dilancarkan, yang merupakan satu catatan bersifat yakin, jelas lagi tajam, mengisahkan usaha serta kehidupan keempat-empat ahli kumpulan berkenaan. Ketua Pemasaran Minuman PepsiCo, Jennifer Lee menambah, "Pepsi x BLACKPINK akan melancarkan produk Pepsi edisi terhad di semua kedai 7-11 yang mengambil bahagian di Malaysia dan Singapura, di mana empat personaliti BLACKPINK akan ditampilkan pada rangkaian produk kolaborasi ini, yang mengetengahkan penampilan gaya bersikap berani dan menonjol. Selain daripada itu, kami juga akan melancarkan kempen pemasaran secara menyeluruh bagi meningkatkan kesedaran mengenai jenama menerusi pelbagai platform media. Ada pelbagai kejutan yang akan diumumkan mulai pertengahan Januari 2021, yang menawarkan hadiah-hadiah menarik dan banyak lagi, oleh itu pastikan anda terus mengikuti laman sosial kami untuk mendapatkan maklumat terkini."
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila kunjungi laman media sosial di
Facebook
Instagram
Youtube
0 Comments