Ticker

6/recent/ticker-posts

Aiman Sidek Belanja "KOPI SEPI" Di Hari Kopi Sedunia

Selepas duet nyanyian bersama adik kandungnya, Alin Sidek bertajuk Cinta Sejati beberapa bulan lalu, AIman Sidek sekali lagi mempertaruhkan sebuah lagu jazz pop yang diberu judul Kopi Sepi. Impak penerimaan Cinta Sejati yang meraih hampir 10 juta tontonan di semua platform selain menduduki tangga pertama dalam carta-carta radio telah memberikan semangat dan inspirasi kepada penulis dan komposer tersebut untuk terus berkarya.

Lagu yang diterbitkan oleh 4U Entertainment, sebuah syarikat label yang baru ditubuhkan ini bakal dilancarkan bersempena dengan sambutan Hari Kopi Sedunia. Sambutan Hari Kopi Sedunia atau International Coffee Day pada 1 Oktober telah dipilih oleh Pertubuhan Kopi Antarabangsa bagi meraikan kopi sebagai antara minuman paling digemari masyarakat dunia masa kini.

Menurut Aiman Sidek, “Lagu Kopi Sepi ini saya tulis dan nyanyikan berinspirasi daripada kesepian insan-insan yang sedang mencari atau mengenangkan cinta yang lalu dengan rentak pop jazz bersama vibe serta trend penggemar-penggemar kopi. Saya berharap lagu ini dapat menambat hati semua yang mendengar serta memberikan rasa dan suasana yang menyenangkan terutamanya ketika sedang menghirup kopi.

Lagu tersebut telah mula digunakan di TikTok dan Instagram dengan jumlah hampir 500 kongsian serta lebih 1 juta tontonan sejak bahagian korus lagu tersebut dikongsikan selain mendapat reaksi positif dari peminat-peminat yang tidak sabar-sabar menunggu lagu ini dilancarkan.

Lirik Lagu Kopi Sepi

Bertemu di jendela, Lambaian tanganku disapa

Ku sangka siapa dia, Siapa gerangannya Ku ingin bertanya?


Ku turun lantas mengendapnya, Mencari wajah mulus dia

Ku ketuk pintu di rumahnya, Ingin sekali bertemu dengannya


Pintu dibuka, Lain yang ku nampak

Tadi halus tangannya, Kini jelita pula


Katanya kau hidangkan kopi, Sedangkan ku bawa hati yang sepi

Ingin mengenalmu, Ingin lihat sosok dirimu

Untuk jadikan permaisuri hati


Kini kau berdiri di depanku, Bersama senyuman misteri

Adakah kau begitu, Merasa sepertiku

Cinta hanya dengan lambaian tangan saja

Post a Comment

1 Comments

  1. Pencipta lagu ni memang hebat lagu dia sedap sangat telinga dengar rasa sayu dan menusuk kalbu...

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)