Ticker

6/recent/ticker-posts

Kemeriahan Sambutan 'Janji Happy' Bersama Jaguh Kartun TV9

September dah pun melabuhkan tirainya seminggu yang lalu. Bulan September menjadi bulan kemeriahan buat TV9 kerana sepanjang bulan itu, TV9 telah mengadakan kempen Raikan Hari Jadi Bersama Jaguh Kartun TV9 bersama penonton cilik yang bertuah dari Melaka, Pahang, Pulau Pinang dan Lembah Klang pada setiap hari Sabtu. Pemilihan ini telah dibuat menerusi penyertaan ucapan Selamat Hari Jadi bersama Jaguh Kartun TV9 bulanan yang telah bersiaran di kaca televisyen sejak Julai lalu.

Sambutan ini baru sahaja melabuhkan tirainya di lokasi terakhir yang bertempat di sebuah restoran di Presint 2, Putrajaya pada 1 Oktober lalu. Selain menyambut hari jadi bersama rakan-rakan dan keluarga, adik-adik yang diraikan turut membawa pulang hadiah hari jadi pilihan mereka seperti set peralatan lengkap ke sekolah, skuter dan set boling.

Penonton-penonton Jaguh Kartun yang diraikan bersama pasukan Janji Happy TV9 adalah Nur Auni Adryanna (7 tahun), Saidatul Aisyah (11 tahun), George Chee Kok Zhi (8 tahun), Muhammad Thariq (4 tahun), Muhammad Umar Haris (3 tahun), Raisha Nur Husna (7 tahun), Ammara Awfiyah (4 tahun), Ali Al-Badri (6 tahun) dan Puteri Nur Yaszmin Arora  (9 tahun). Selain itu, penampilan khas daripada maskot kartun kegemaran ramai Mechamato dan Mila & Mina turut memeriahkan lagi majlis sambutan tersebut.


Maskot Mechamato yang membuat penampilan istimewa adalah watak kartun animasi siri terbaharu yang telah mula bersiaran pada 3 Oktober, setiap hari Isnin dan Selasa pukul 6 petang di slot Jaguh Kartun TV9. Siri Mechamato merupakan hasil terbitan syarikat animasi tempatan, MONSTA yang mengisahkan tentang seorang remaja lelaki bernama Amato dan robotnya, MechaBot. MechaBot mempunyai kebolehan bergabung dan menjadikan objek seharian sebagai alat berteknologi tinggi.  MechaBot dan Amato sentiasa bekerjasama mengesan dan menangkap robot jahat yang sentiasa membuat kekacauan.


Teruskan menonton dan mempelajari benda-benda baharu menerusi pelbagai program menarik buat adik-adik di slot Jaguh Kartun TV9 dan strim secara langsung di www.tonton.com.my. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV9, layari www.xtra.com.my serta ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV9Malaysia.

Post a Comment

0 Comments